Artis / Selebriti
” Skrip tu mahal, natural betul. Dia yang sweet-sweet, kita pulak yang tersenyum-senyum.. ” – Komen Netizen

Video lakonan YB Syed Saddiq dan Bella Astillah untuk Primavalet buat peminat teruja. Wah buat dialog sendiri je, tapi macam real lah perbualan ‘suami ‘ dan ‘ isteri ‘ ni. Sweet sangat..
Sepanjang kempen baju raya Primavalet, dutanya Bella Astillah dan YB Syed Saddiq banyak membuat photoshoot untuk mempromosikan baju Melayu dan baju kurung keluaran Primavalet. Pelbagai warna dipaparkan dan semuanya kelihatan sesuai untuk pasangan popular ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Primavalet, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Syed Saddiq dan Bella sedang memainkan peranan mereka untuk babak sebagai suami isteri. Jalan ceritanya, Bella membelikan hadiah berupa sepasang baju Melayu dan turut mendapat percuma baju kurta.
Bella sememangnya sudah diketahui hebat dalam lakonan dan ianya sesuatu yang mudah untuk Bella. Berbeza dengan YB Syed Saddiq kerana ini bukan lah bidangnya. Namun YB Syed Saddiq membuktikan dia mampu berlakon dengan baik dan tidak langsung kelihatan kaku.
Pada ruangan kapsyen posting ini ada diterangkan YB Syed Saddiq semakin natural dalam lakonan. Sudah lah YB banyak tidak mengikut skrip, dialog yang dilontarkan pula seperti perbualan wajib antara suami isteri. Seronok pencinta BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
@primavalet YB nie natural betul ye sekarang nie. Dah la banyak tak ikut script 😂 part credit card tu dah nampak masa depan ke camne 😂🤪 . Ambik lahh vitamin korang nieeeee
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak guna betul dia yg sweet2 kita pulak yang tersenyum-senyum.. senang keje primavalet xyah ade scriptwriter.. dorg sembang² gitu je pun kite tgk smpai habis.. “
” Aihhh aku laa.. Bella belikan guna kad kredit SS ke.. sampai dia risau x cukup tuk beli food anak bulus… ni skrip suami-isteri.. “
” Part ni mmg sy suka.. Perbualan Pebret.. “nanti i merajuk” “cepat2 la kita bukak” risau sangat yang bella dia majukk.. “
” X ikuti skrip tu yg mahal, lagi natural.. Yb risau, makanan kucing pun mahal, risau kad kredit x leh guna.. “
” Pandai dh YB.. tak kaku dh.. dia tak kaku sbp tiada script.. kalau ada script dia kaku.. ni yg main terjah ja br jadi hahaha.. Kad kredit ey, YB dah nampak tu masa depan hehe.. “
” Ammmboiiiii yb tak nampak cam berlakon pun kn,,, mcm hidden camera je ni.. Sempat lagi yb bebel pasal xboleh beli makanan kucing.. “
” Yb da pandai berlakon sekarang.. natural lagi best, santai je.. begitu lancar dia punya bertindak balas .. cuummeelll.. dia punya konsep “kad awak, kad saya juga.. “
” YB pun pandai sudah berlakon… kisah selepas kawin ka ni? Part kredit kad tu yg nampak macam real kisah rumah tangga.. “
Apabila dialog spontan yang muncul daripada mulut YB Syed Saddiq dan Bella, terus kedengaran natural dan seperti perbualan suami isteri. Pasti tersenyum-senyum semua pencinta BASS melihat gelagat YB dan Bella itu. Yang penting, YB tak pernah lupa makanan untuk kucing. Ini bukan lakonan tetapi realiti.
Silakan KONGSI..
Sumber : Tiktok Primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen