Artis / Selebriti
” ‘Shhh listen to me, ladies and gentlemen, hellooo’. Dalam ucapan pun terselit humor, haha.. ” – Komen Netizen
Video ucapan YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sebelum berakhirnya majlis resepsi sebelah pengantin perempuan raih perhatian warganet. Sedap dengar slang Tengku Muhammad speaking. Sempat lagi berjenaka, alahai Tengku Muhammad..Β
Setelah 3 majlis istiadat rasmi di Istana Abdulaziz Kuantan Pahang, Tengku Muhammad Iskandar dan isterinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan diraikan pula di majlis resepsi sebelah keluarga pengantin perempuan bertempat di St.Regis Kuala Lumpur pada 30 Oktober 2024.
Majlis bersanding berjalan dengan lancar dan harmoni. Majlis resepsi semalam juga menyajikan persembahan khas tarian Saman Acheh untuk hiburan kepada semua tetamu yang hadir. Tengku Muhammad dan Tengku Natasya juga kelihatan cantik dan berseri dengan busana pengantin berwarna maroon.
Meninjau entry di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Tengku Muhammad Iskandar memberikan ucapannya buat ayahanda, bonda, ibu bapa mentua dan semua tetamu. Ucapan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua.
Pada awalnya, Tengku Muhammad berucap dalam bahasa Melayu. Namun selepas itu pengantin diraja ini bercakap dalam bahasa Inggeris. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya ayahanda bonda dan seluruh keluarga kedua belah pihak. Tengku Muhammad juga berharap semua tetamu gembira dengan persembahan dan makanan yang disajikan.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
(klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@purple_heart.7 TAB X TNA Aceh Reception 30/10/2024 , Kuala Lumpur credit: julianto.official #perkahwinandiraja #tabtna #tengkuarifbendahara #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #malaysia #pahang #indonesia #fyp #foryou
Ucapan oleh Tengku Muhammad ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ucapan Tengku Natasya tak de ke.. nak dengar dia cakap melayu hehe.. tengku Muhammad n semoga berbahagia lah hinggsa aamiin aamiin aamiin yarblalmin sampai tempat abadi Tengku Natasya.. “
” Alhamdulillah semua cantik.. slmt menempuh hidup baru Tengku .. semoga berbahagia sampai syurga.. Aamin.. “
” Dalam ucapan pun terselit humor, itu lah Tengku Muhammad.. Suara Tengku Muhammad paling best dengar.. “
” Ya Allah, bagi ucapan pun aku dah terhibur haha.. Hellooooo ampun tuanku.. masa intro tu sedap je dengar.. gaya dan tone suara, ada ketegasan dalam kelembutan nada.. “
” Ladies and gentlemen, helloooo.. sempoi sangat haha.. Kuat mengusik tengku muhammad ni.. tengku buat kita tersenyum dengan gelagat dia.. “
” Cute anakanda Sultan Pahang sangat suka bahasa hormat orangnya… cute je tengku cakap ” shhhh listen to me”.. “
” Tak sah kalau tak nakal ye Tengku Muhammad ni.. suara dia sexy laahh sedap dengar. ucapan tak panjang tapi menghiburkan.. “
Ucapan yang menghiburkan hati semua tetamu. Dalam ringkas ucapan pun sempat Tengku Muhammad bergurau. Semoga segala yang baik-baik untuk Tengku Muhammad dan Tengku Natasya. Kami di Berita Kopak mendoakan agar ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga syurga dan bahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok purple_heart.7, this_7_fanpage
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tak boleh tahan, Tengku Muhammad join sekali. Tinggal terus wife dekat bawah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aduh anak ku.. ” – Tengku Ampuan Pahang
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic Tokti. Adoi lawak la Tuanku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wow bestnya, Alhamdulillah rezeki pengantin baru.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Entah-entah Alisa yang order, lepas tu daddy yang dapat..Β ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sayunya tengok Tengku Muhammad menangis, biasa tengok happy-happy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hantar la mak ke rumah orang tua. Mak tak nak susahkan kau.. ” – Mak Azhan Rani