Connect with us

Artis / Selebriti

” Seronoklah dengar Jebat Jayden bercakap.. ” – Netizen

Video Jebat Jayden Sedang Membebel Buat Ramai Terhibur. Eh, Cakap Apa Tu Jebat. Dengar Macam Slang Indonesia Je, Mesti Terikut Bibik Cakap Ni. Tapi Last Sekali Dah Macam Berdoa Pula. Kelakar Lah Jebat !!

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini iaitu Jebat Jayden sering menjadi perhatian di media sosial. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja perkongsian mengenai Jebat sama ada daripada ibu bapanya atau pun saudara-maranya.

Terbaru di satu akaun Instagram telah dikongsikan sebuah video Jebat bersama saudaranya di tanah suci Makkah. Video tersebut diambil menerusi Instastory Noorintanz. Dalam video tersebut, Jebat sedang berceloteh sesuatu namun tidak difahami.

Sesekali kedengaran seperti slang bahasa Indonesia tetapi di akhir video Jebat seolah-olah membaca doa pula. Ada sahaja perkara yang menghiburkan daripada Jebat ni. Agak-agaknya apalah yang dibebel oleh Jebat tu ye. Layankan sahaja.

Perkongsian ini telah menerima lebih 3 ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Tentunya Jebat seronok berada di tanah suci bersama ibunya serta saudara maranya yang lain. Untung sangat Jebat, kecil-kecil dah sampai sana.

Jom tonton video di bawah :

Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Jebat cakap dh pelat indon laa.. jebat umur brapa dh eh..  uii… jayden nk school dh laaaaa.. Seronoklah dengar Jayden bercakap.. ” 

” Sepatutnya dah boleh ckp betul ni jebat.. Ni mesti jebat ikut bibik yg ckp… pelat indon dh … Jebat  is so cute and adorable.. “

” Alaa comel nye jayden cute nmpk moga membesardgn baik ye.. rindu baba dia lah tu.. comel sangat Jebat.. “

” Comel sangat jebat oii.. mashallah aunty doakan jayden anak soleh. Salam dari Singapore.. handsome boy.. “

” Ensem boy bile dah besaq nie lagi lah bile senyum cayaq semua yg tgk muka dia. You’re so special,smart,handsome,creative and I’m so lucky to know you sweetie.. “

” Ger4mmmm je tgk jebat jayden anak soleh ni.. Semoga menjadi anak yg soleh dan penyejuk mata ayah dan ibu Aamiin.. “

” Handsome nyaaa Jebat.. Comey anak shanaz jadi anak yang soleh untuk ibu n ayah aamiin.. lawak betul lah.. “

Ada juga yang menyatakan mungkin Jebat terikut cara percakapan Indonesia daripada bibiknya. Takpelah Jebat, lama kelamaan pastinya Jebat akan dapat bertutur dengan baik tanpa sebarang pelat. Semoga Jebat Jayden menjadi anak yang soleh. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi79

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT