Artis / Selebriti
” Serius la dah dapat menantu. Macam baru je tengok majalah cerita Wardina kahwin.. ” – Netizen
Perkongsian Fedtri Yahya Gambar Ketika Majlis Resepsi Anak Sulung Wardina Safiyyah, Amna Nafesa. Wah Dapat Menantu Lagi Wardina. Cantiknya Anak Wardina, Suami Pun Handsome, Sesuai Sangat. Wardina Pun Maintain Awet Muda, Tak Makan Tua !!
Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Wardina Safiyyah yang pernah popular suatu masa dahulu. Berhijrah ke Australia bersama suaminya, Ikhwan Johari, pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang cahayamata dan salah seorangnya telah pun mendirikan rumahtangga pada bulan September tahun lalu.
Amna Nafeesa anak sulung kepada Wardina dan Ikhwan telah pun sah menjadi isteri kepada Yusuf Guller. Majlis akad nikah Amna telah pun berlangsung di Australia sebelum ini. Meninjau entry di akaun Instagram Fedtri Yahya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Fedtri menghadiri majlis resepsi Amna yang diadakan di ibu kota.
Kata Fedtri di ruangan komen, Wardina pulang ke tanahair selama 2 minggu. Wardina masih sama seperti dahulu, tetap cantik dan manis orangnya seperti tidak dimamah usia. Melihat paparan gambar kedua, wajah Amna dan pasangannya pula dipaparkan.

Amna kelihatan brgitu cantik dan saling tak tumpah seperti wajah Wardina. Suami kepada Amna iaitu Yusuf juga tampan dan segak orangnya. Berdarah kacukan, memang sepadan Amna dan Yusuf ini. Alahai sudah ada menantu Wardina, seperti baru sahaja melihat Wardina di Spanar Jaya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian oleh Fedtri ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rasa macam baru 2-3 tahun lepas Wardina ni kahwin.. Tahu tahu dah terima menantu dah. Cepatnya la hai masa berlalu.. Dah menantu Knape tetap maintain cantik ni.. ”
” Muka Wardina dan ibu Wardina copy paste sama.. tp bila sekali pandang macam profmuhayaofficial pun ade.. ”
” Serius la dah dapat menantu.. Adoiii macam baru je tengok majalah cerita Wardina kahwin.. awet muda wardina.. ”
” Rasa baru je tengok dia jadi model iklan sunsilks dulu.. nanti dia jadi nenek pun muka masih sama macam tu adoii.. tak makan tua ni.. ”
” Wardina Safiyah penyeri sitcom Spanar Jaya… Tahniah dapat menantu.. dah terima menantu but Wardina masih cantik. MasyaAllah pengantin pun cantik dan kacak. Sepadan.. ”
” Ni Amna yg kecik dulu2 alahaiii dah selamat jadi isteri org.. terasa tua sgt dah kita ni hehe. Alhamdulillah selamat mendirikan ‘masjid’, Tahniah.. ”
” Oh ada buat majlis resepsi kat Malaysia jugak. Anak dia baru 20an rasanya kalo ikut kak dina cakap kt ig dia hr tu. Heehee. Tahniah. Muda lg dpt menantu. Allahumma barik.. ”
Majlis resepsi yang meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan terdekat Wardina. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Semoga Amna Nafeesa dan Yusuf berbahagia selalu dan kekal berpanjangan sampai ke akhir usia. Tahniah buat Wardina sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fedtri Yahya, IG Wardina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



