Artis / Selebriti
” Senyap-senyap je tau-tau nikah. Tak ada sidang media bagai.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Majlis Akad Nikah Janna Nick Dan Dini Schatzmann. Wah Akhirnya Bersatu Sebagai Suami Isteri, Jodoh Kuat. Cantik Berseri-Seri Pasangan Mempelai Ni. Part Upacara Batal Air Sembahyang Tu Sweet Sangat !!
Pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann baru sahaja selesai menyempurnakan majlis akad nikah mereka. Pasangan ini yang sudah lama menyulam kasih akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah setelah berbagai dugaan melanda, ke jinjang pelamin juga Janna dan Dini.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak dan Official Hlive, telah dimuatnaik beberapa keping gambar dan video ketika dan selepas berlangsungnya majlis ijab dan qabul Janna dan Dini. Pasangan ini memilih busana sedondon berwarna putih untuk majlis istimewa mereka ini.
Untuk makluman, majlis pengantin baru ini berlangsung di Temple Tree Langkawi dan diadakan secara tertutup. Dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat, ianya tetap berjalan dengan meriah dan sempurna. Terpancar kegembiraan pada wajah Janna dan Dini.

Tidak hanya pasangan ini, malah para peminat setia mereka juga turut merasai kegembiraan tersebut. Pasangan merpati sejoli yang dinanti-nantikan untuk ke fasa perkahwinan. Majlis walimatul urus Janna dan Dini akan disiarkan di Astro Ria pada 13 Jun nanti.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Dini dan Janna juga turut memuatnaik gambar pertama mereka selepas bergelar suami isteri di Instagram masing-masing :
Ribuan tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian-perkongsian ini. Ucapan tahniah membanj1ri posting tersebut dan antara komen-komen warganet :
” Alhamdulillah congratulations, finally. Kesayangan saya semoga berbahagia till jannah. Me love you so muchhh.. ”
” Alhamdulillah ya Allah asal aku sebak2 happy ek… dak ni dak kuat, dia jaga diri sendiri dia jaga Famili, n akhirnya ade yg akan jaga dia… Allah hu I’m so happy for you.. ” – Reen Rahim
” Congratulations Janna & Dini. Kauorang Comel. Have a wonderful one guys.. Semoga berkekalan hingga ke syurga.. ”
” Bye nak nang1s. akhirnya korang nikah juga.. moga janna bahagia dan gembira selalu bersama dini.. kami tumpang gembira untuk kesayangan kami.. ”
” Alhamdulillah.. sakinah mawadah warahmah kk.. bahagia sampai ke Jannah.. bahagianya sekali lihatnya.. ”
” Congratez.. yeayy dah halal.. bahagia till jannah ye. makeup Janna cantik la.. nampak natural jer.. sesuai dengan muka Janna..
” Cantik, makeup simple tapi menyerlah. Senyap-senyap je tau-tau nikah kat langkawi. ni bagus plan senyap=senyap terus buat. tak ada sidang media bagai.. ”
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang Janna dan Dini rancangkan. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan ini dan semoga dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Hlive, IG Janna Nick, IG Dini Schatzmann
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” 5 tahun, rasanya masih utuh dan sama.. ” – Shuib Sepahtu

