Connect with us

Artis / Selebriti

” Semua muka tak berubah dari dulu.. ” – Netizen

Bell Ngasri Kongsi Gambar Beraya Bersama Ibu Dan Adik Beradiknya. Wajah Mereka Sekeluarga Jadi Tumpuan Peminat. Muka Semua Maintain Je. Awet Muda Sungguh Family Ni !! 

Bell Ngasri bukan nama asing dalam arena hiburan tanahair. Sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak masih kanak-kanak, sudah banyak lakonannya menghiasi kaca televisyen. Tidak hanya Bell, malahan semua adik beradiknya menjadi anak seni dan pelakon sejak mereka kecil.

Darling Ngasri, Anne Ngasri dan Naszeli Ngasri, nama-nama ini juga antara nama lama dalam industri. Lakonan mereka dalam drama Cili Padi menceriakan ramai suatu masa dahulu. Sekali pun sudah tidak aktif sebagai pelakon, ketiga-tiga mereka masih lagi bergerak di belakang tabir dan ada antaranya yang menjadi penerbit.

Seperti keluarga lain juga, mereka berkumpul dan meraikan Aidilfitri yang tertangguh kerana PKP. Sepakat untuk berkumpul di rumah Anne Ngasri, keluarga besar ini kelihatan ceria dan mengambil foto keluarga sebagai kenangan. Raut wajah mereka adik beradik langsung tidak berubah dan masih sama seperti zaman remaja dahulu.

Menerusi akaun Instagram, Bell Ngasri telah berkongsikan beberapa keping gambar beliau beraya bersama kesemua adik beradik dan ibunya. Mereka yang berkumpul di rumah Anne akhirnya dapat bersua muka. Apa yang menarik perhatian adalah semuanya nampak mantain muda. Wah untunglah, awet muda semuanya.

Jom baca perkongsian di bawah:

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Suka tgk family Bell. awet muda lah korg… “

” semua muka tak berubah dari dulu.. “

” Saya suka family cili-cili ap1 ni family awesome.. “

” Dari aku kecik sampai jadi bapak orang.. Semua lakonan diorng aku dh tgk.. Terbaik.. “

” Bell anak bongsu ke.. nampak mudeee disituuu.. “

” Semua macam anak-anak je muke. Tak berubah sama je dr dulu.. “

” Adik beradik semua awet muda.. “

” Bell bila nk nampak dewasa… asyikkk muka budaklk je dari dulu sampai skrg… tak pernah nampak tuaaaa punnn.. “

Memang wajah mereka ini semuanya nampak muda je sedangkan umur sudah lewat 30an dan 40an. Keluarga ceria dan bahagia yang menghiburkan ramai dengan lakonan mereka. Apa pun, semoga Bell sekeluarga sentiasa gembira dan bahagia bersama dan terus mewarnai dunia seni dengan bakat yang ada.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT