Connect with us

Artis / Selebriti

” Selepas ni photographer kurang job sebab Tokti dah bocorkan rahsia, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berkongsi Cara Untuk Edit Gambar Kelihatan Lebih Cerah Dan Cantik Menarik Perhatian Ramai. Wah Servis Edit Paling Termahal Ni, Patut Gambar DS Siti Semua Nampak Cantik !!

Sebut sahaja nama penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza, pasti ramai yang meminatinya. Sudah puluhan tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, DS Siti antara penyanyi yang sangat berpengaruh, bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.

Semestinya kehidupan DS Siti menjadi perhatian umum. Apa sahaja yang dikongsikan oleh DS Siti mahupun orang lain mengenai dirinya pasti menjadi perbualan warganet di media sosial. Meninjau di akaun Instagram pengacara televisyen, Haziq Hussni telah dikongsikan satu video tentang DS Siti.

Tulis Haziq pada ruangan kaspyen mengatakan tidak perlu risau jika gambar yang diambil kelihatan gelap kerana DS Siti boleh edit menjadi cerah. Menerusi video tersebut, DS Siti berkongsi beberapa langkah menyunting gambar yang gelap di telefon.

Kelihatan pada gambar itu, DS Siti bergambar bersama Haziq dan seorang lagi kenalan mereka. Selepas DS Siti berjaya edit gambar menjadi lebih cantik, DS Siti terus tertawa. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan hingga kini menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan memuji teknik yang dikongsikan oleh DS Siti tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Selepas ni photographer kurang job sebab Tokti dah bocorkan rahsia, haha.. Serba boleh rupanya Tokti yer, hehe kita suka kita suka.. “

” Ayunya muka dia.. Suara dia sedapnya lemak2 je dgr tengah mengajar edit. Kalau lah tenaga pengajar mcm Mak Iti, mesti dak orang yang ponteng kelas.. “

” CTDK pon pakai filter tu nok.. Kita dari 2016 dah guna haha terus set dekat phone tak payah edit da gitttew .. “

” Berapa bayar editor ni bang.. Mesti keras harganya kan, hahhaha.. Service edit termahal ni.. Untung lah dapat, hehehe.. “

” Haha.. Selalu main delete n amik gambo lain. Tak terfikir pn nk edit, tq Mak Iti, share nk bagi gambar cantik dan cerah. Love sangat.. “

” Eh berguna tips ni.. Ya Allah tq kak iti berjaya dah belajar dgn cara tg sgt mudah faham.. Hehe lepas ni smua gambar akan nmpak cantik.. “

” Indahnya ciptaan Tuhan… Awk sgt cantik lah Dato Siti.. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.. Aamin ya rabb.. “

Wah rupanya mudah sahaja nak bagi gambar nampak cerah dan cantik. Bak kata peminat, tips edit gambar yang diberikan oleh DS Siti memang sangat menarik serta berguna. Bukan itu sahaja, ada yang menyakat mengatakan selepas ini job photographer semakin berkurang gara-gara DS Siti sudah pecahkan rahsia.

Silakan SHARE..

Sumber : IGΒ  haziq_hussni

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT