Artis / Selebriti
” Sel otak tengah berhubung, sel otak ayah yang jem. Senak perut gelak, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir Bermain Gigi Palsu Kepunyaan Neneknya Buat Warganet Terhibur. Lain Macam Mainan Tiara Ni, Siap Masuk Dalam Mulut. Nak Termuntah Achey Dibuatnya, Haha !!
Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir memang seringkali membuat kelakuan yang menggeletek hati warganet. Saban hari ada sahaja gelagat lucu Tiara yang menghiburkan hati ramai. Komen warganet, Tiara ini mewarisi perangai kelakar ayahnya, Achey.
Meninjau akaun Instagram Achey, telah dikongsikan satu video terbaru Tiara. Kelihatan Tiara sedang duduk santai di atas sebuah sofa dan Achey memanggil Tiara untuk datang kepadanya. Ingatkan apa lah yang Achey kalut memanggil Tiara, rupa-rupanya Tiara mengambil gigi palsu neneknya dan dibuat mainan.
Gigi palsu tersebut diletakkan oleh Tiara ke dalam mulut sama sepertimana yang dipakai oleh neneknya. Bertempik Achey menyuruh Tiara mengeluarkan gigi palsu tersebut. Adui lah anak, itu bukan gula-gula Tiara, itu gigi palsu Tok Mak, haha.

Dapat didengar suara Achey yang loya ketika melihat Tiara membuka mulut dan menampakkan gigi palsu itu. Lain daripada yang lain sungguh cara Tiara bermain. Warganet yang menonton pun turut terhubur melihat Tiara ada ‘banyak gigi’ .
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ini baru Tiara Candy Achey haha.. Ku dengar Achey macam ada nak bunyi nak muntah sikit tu haha.. ”
” Sel otak tgah berhubung… sel otak ayah yang jem haha.. Tiara penat la macam ni haha.. berdekah aku gelak.. ”
” Tiara, adui senak perut gelak haha.. Betul la.. mana tumpahnya kuah kalau x ke nasi… kena… kena… kena.. ”
” Naye, nasib tak pakai atas bawah haha. Tiara tiara … kauu memanggg legendd laa dikkk.. sakit perut gelakkk.. ”
” Hahahhahaha dar4h keturunan lawak diwarisi habis habisan.. lawak laaa tiara oii.. tak expect weh dia masuk dalam mulut haha.. ”
” Ya ampun.. Dy ingt gigi mainan mcm dalam keropok Ali Baba tu ka haha. Tak pernah tak buat hal, akai jenuh tiara ni haha.. ”
” Tiara, tok ma cari gigi nak makan la haha.. Weh keras perut aku ketawa, dia betul betul menikmati zaman kanak-kanak dia haha.. ”
Tak pernah tak lawak Tiara, tetapi kali ini lawaknya memang di luar jangkaan sungguh. Pandai juga Tiara memasang gigi palsu itu di mulutnya. Mesti nenek mencari-cari ke mana lah giginya hilang. Rupa-rupanya dibuat main oleh cucu kesayangan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen



