Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekejapnya masa berlalu. Besar panjang dah anak Misha.. ” – Netizen

Video Dan Perkongsian Ucapan Misha Omar Sempena Ulangtahun Kelahiran Anak Lelakinya, Muhammad Adam Emir. Wah Dah Jadi Anak Teruna Adam, Tinggi Daripada Misha Lagi. Selamat Hari Lahir Adam !!

Umum mengetahui Misha Omar salah seorang selebriti yang mengambil anak angkat. Muhammad Adam Emir dijaga oleh Misha sejak kecil lagi dan Misha mencurahkan kasih sayang yang penuh buat Adam. Diam tak diam, Adam kini sudah meningkat remaja.

Meninjau akaun Instagram Misha Omar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Misha bersama suami dan beberapa orang ahli keluarga yang lain menyambut ulangtahun kelahiran Adam. Tahun ini genap lah usia Adam yang ke 17 tahun.

Coretan Misha di ruangan kapsyen juga turut mendapat perhatian warganet. Kata Misha, dia tidak boleh menulis kapsyennya dengan panjang kerana rasa sayu yang membuatkan Misha menang1s. Kesempatan ini digunakan untuk Misha mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua yang mendoakan kebaikan untuk Misha sekeluarga.

Cepat masa berlalu, Adam kini sudah menjadi anak bujang. Tentu banyak kenangan sepanjang Misha bersama Adam yang menjadi memori indah mereka berdua. Adam juga manis orangnya dan selalu tersenyum sama seperti Misha yang pemurah dengan senyuman.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Misha ini telah pun mencatatkan lebih 2000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Allahuakbar sat ja dah 17 tahun.. Ingat lagi memula kak Ecah ambik Adam dulu.. Semoga menjadi anak yang soleh.. Happy birhday Adam.. ”

” Happy birthday Adam. Ingat lagi post lama dulu dia tak pandai nak ikat kasut bertali ke sekolah, now dah jadi anak bujang sungguh.. ”

” Adam dah 17 tahun? cepatnya masa berlalu.. Happy birthday Adam.. Semoga panjang umur, sihat dan happy selalu dan semua yang best-best buat Adam dan misha sekeluarga.. ”

” Happy birthday Adam.. Dulu jumpa merangkak-rangkak lagi masa dekat rumah ma.. Idris dengan perangai cute dia je.. ”

” Happy birthday Adam anak yang baik, sentiasa senangkan urusan keluarga dan sayang adik derih.. Semoga selalu menjadi penyejuk hati mama.. ”

” Ya Allah kejapnya masa berlalu.. Besar panjang dah anak Misha yang ni.. Happy birthday Adam. Semoga Adam sentiasa dilindungi Allah SWT, diperindahkan akhlak utk menjadi anak yg saleh & dikurniakan kejayaan di dunia & akhirat. Good luck utk SPM, uncle akan sentiasa doakan Adam ok.. ”

” Alhamdulillah 17 tahun dah.. macam sekejap je rasanya. Dah anak bujang Adam.. tinggi pada mama lagi.. semoga terus menjadi anak yang soleh Adam.. ”

Alhamdulillah atas usia yang diberikan oleh-Nya. Adam anak yang baik dan selalu menyenangkan hati Misha. Selamat ulangtahun kelahiran juga diucapkan daripada kami di Berita Kopak dan semoga Adam dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Misha Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT