Artis / Selebriti
” Sekali mak dia pun kena berlakon juga. Part slow slow sampai ke sudah tu memang lawak betul, haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Norreen Iman Bersama Ibunya Sedang Shopping Raya Buat Ramai Terhibur. Ingatkan Norreen Je Kelakar, Rupanya Mak Norreen Pun Boleh Tahan Kelakar Juga, Haha !!
Jika mengikuti akaun Instagram milik pempengaruh media sosial dan juga pelakon, Norreen Iman pasti mengetahui yang Norreen suka berkongsi video-video kelakar. Boleh dikatakan semua perkongsian video oleh Norreen pasti membuat ramai tak kering gusi ketawa menonton telatah Norreen yang dikatakan ‘masuk air’ .
Terbaru, Norreen telah memuatnaik satu video yang memaparkan video lakonannya bersama ibu tersayang. Menerusi video itu, Norreen meminta kad bank kepada suaminya, Razzi untuk berbelanja pakaian raya untuk dirinya, ibu serta anak mereka.
Kedengaran Razzi meminta Norreen untuk ‘slow-slow shopping’ (berjimat) memandangkan banyak keperluan lagi perlu dibeli apabila tibanya raya nanti. Setelah mendapat kad bank daripada Razzi, Norreen bergegas mencari ibunya yang sedang memilih baju raya. Selepas itu, Norreen sempat berbisik kepada ibunya agar mereka perlu ‘slow-slow shopping’ atas arahan Razzi.

Seperti tidak memahami apa yang disampaikan oleh Norreen tersebut, ibu Norreen membuat wajah hairan bagaimana dia perlu melakukan ‘slow-slow shopping’ yang dimaksudkan oleh Norreen itu. Perkongsian video ini sekali lagi menarik perhatian warganet. Gaya pergerakan yang dilakukan Norreen ketika membeli baju raya bersama ibu dan anaknya mencuit hati ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur menonton lakonan Norreen bersama ibunya. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Sekali mak dia pun kena berlakon juga. Part slow slow sampai ke sudah tu memang lawak betul, haha.. Penat ketawa tengok anak beranak ni punya perangai.. “
” Adoii Noreeen kalau tak lawak memang tak sah.. Video kali ni memang lawak sangat.. Mak dia pun join sekaki jg, tu paling best.. “
” Berapa payment mama n Ellen ni, haha.. Sow betul nyahhh sampai ke malam dia punya slow. Sedap pulak ayat mak.. Nak request mak lagi…. Nak Mak More… Nak Mak More, haha.. “
” Dengan ellen2 slow ekk ahahahahaha.. Tolong buat content mcmni banyak2 lagi saya amat memerlukan hiburan positif sebegini untuk hari-hari saya.. “
” Ni dah salah faham teruk sangat ni, hahahaa.. Si suami maksudkan slow berbelanja, ni berjalan semuanya slow, hahaha.. “
” Mak nya pun boleh tahan jugak ya.. Menjadi betul anak beranak ni berlakon.. Haha setiap ayat mak Norreen cakap semuanya kelakar dengar.. “
” Aku taktau la sapa yang comel sbnarnya, mak dia kaa, Noreen kaaa, anak dia kaaa haha.. Sebab semuanya buat perangai comel, hahaha.. Kelakar tengok video ni.. “
Patutlah ramai yang berdekah ketawa menonton video Norreen ini. Memang menghiburkan dan sehingga kini telah mendapat ribuan komen serta lebih 70 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Apa-apa pun terbaik lah ibu Norreen, pandai berlakon juga macam Norreen.

Silakan SHARE..
Sumber : IG norreen143
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



