Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedih sangat, mengalir air mata dengar bacaan anak SS.. ” – Netizen

Video Anak Arwah Suhaimi Saad, Sallman Elkhoyri Memperdengarkan Surah Hafazannya Raih Perhatian Warganet. Masya Allah, Hasil Didikan Ayah, Sedap Dan Indah Tajwidnya. Lancar Hafazan Sallman Ni, Anak Soleh Ayah !!

Perginya Suhaimi Saad membawa seribu kesedihan buat semua followers akaun media sosial milik arwah. Mesra dengan sapaan SS, banyak sebenarnya yang SS tinggalkan untuk semua. Sekali pun pernah dikecam kerana fahamannya yang berbeza dengan orang ramai, namun kebaikan SS diakui kini.

Mengajar sendiri anak-anak mengaji, hadis dan subjek sekolah, hasil didikan SS semakin terserlah. Malah ketika perjalanan terakhir SS juga, anak-anak lelakinya menjalankan tanggungjawab mereka memandikan dan menjadi imam solat jenaz4h SS.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Tiktok Himpunan Dakwah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan bacaan surah Al-Mulk oleh anak kedua SS, Sallman Elkhoyri. Sallman yang sudah berusia 13 tahun ini telah pun menghafal surah ini dan bacaannya menjadi perhatian.

Lancar dan sebutan yang terang serta alunan suara yang merdu, hebat didikan SS pada anaknya ini. Ramai warganet yang kagum dan berasa malu kepada Sallman. Ladang pahala untuk SS yang akan sentiasa mengalir daripada anak-anaknya yang soleh.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ):

@himpunandakwah30

Moga makin ramai yang tengok, moga menjadi asbab pahala mengalir untuk arwah ayah Aman ye.. Al Fatihah buat Suhaimi Saad

♬ original sound – Himpunan Dakwah – Himpunan Dakwah

@himpunandakwah30

Sallman Elkhoyri, Al Mulk ayat 11-20.. Moga video ni menjadi asbab mengalirnya pahala untuk arwah ayah Aman ye.. Al Fatihah Suhaimi Saad

♬ original sound – Himpunan Dakwah – Himpunan Dakwah

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 67 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Pasti ramai orang kata dulu2 kala, apa yg anak dia bljar sekiranye xbersekolah.. ini yg suhaimi saad ajarkan.. meninggal meninggalkan permata.. ”

” Malu btul aku ngn ank ss ni… sekecik2 ni mmpu hafal semua surah.. aku sdri pun msih merangkak2. kdang2 lupa.. ”

” Betapa bercahaya alam kubur arwah ss. Alhamdulillah dgn didikan arwah dn Ina naim dpt anak yg soleh dn solehah.. ”

” 100% atas didikan arwah tanpa guru lain. Mcm tu je Allah jentik kita. Allah angkat darjat SS. kematian dia menghidupkan byk jiwa2 yg mati.. ”

” Allahuakbar bertuahnya ank2 arwah suhaimi saad walau pun tak bersekolah tapi didikn agama sgt2 memuaskn syabas dik.. ”

” Inilah kejayaan yg sebenar² dlm mendidik anak. sedih sgt mengalir air mata dengar bacaan anak SS in baca surah Al mulk.. ”

” Dulu ramai yg kec4m arwah tak hantar ank sekolah.. dan tgk sendiri hasil nya.. Alhamdulillah arwah pndai mendidik ank2 ilmu akhirat.. ”

Klik gambar untuk info..

Ini lah definisi kejayaan sebenar mendidik anak yang kadang kala kita sebagai ibu bapa alpa dalam kehidupan. Ilmu akhirat yang bakal menjadi bekalan untuk anak-anak mengharungi hidup yang penuh pancaroba nanti. Semoga sentiasa mengalir pahala buat SS atas segala yang telah diajarkan kepada anaknya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Himpunan Dakwah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT