Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedekah Awal Muharram, murah rezeki Bell Ngasri.. ” – Netizen

Tunaikan Manifesto, Bell Ngasri Edar Makanan Dalam Plastik Hitam Pada Orang Awam. Wah Betul-Betul Gaya YB Barkoba Lah, Terbaik Bell !!

Jumaat lalu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah pun melabuhkan tirainya dengan menobatkan Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular. Sebelum ini, Bell ada berjanji akan menyediakan makan tengahari pada Bulan Ramadhan jika menerima kemenangan tersebut.

Bagi menghormati bulan Ramadhan, Bell menunaikan janjinya lebih awal dengan mengedarkan makan tengahari bersama teh o ais kepada orang awam pada bulan Muharram. Video Bell mengedarkan makanan tersebut ada dimuatnaik di akaun Instagram H0tfm.

Apa yang menarik ialah makanan yang diberikan diletakkan di dalam plastik berwarna hitam. Wah, ini memang trademark Barkoba dalam filem lakonan Bell. Bell mengedarkan makanannya bersama-sama team Bekpes Hot iaitu AG dan Johan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji sikap Bell yang tetap menunaikan manifesto yang dijanjikan olehnya. Memang ada ciri-ciri seorang YB, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Ada juga yang mengharapkan dapat merasa makanan yang disedekahkan Bell. Antara komen-komen yang diberikan :

” Dr malar tgu turn tu.. bell dah bole buka parti ni… kami undi lagi.. Mee kari Ah Hock lerrr…. daging rimau teriak.. yak yak yeay.. “

” Slh sorg peminat yg undi 20 ehek.. Aii mee kuah ah hock ka tu .. dagin harimau menangihhhhh.. Jgn ada yg cucuk langit lak lps kene air london mari.. hahha.. “

” Saya pun undi bell jugak.. Sedekah Awal Muharram..murah rezeki bellngasriofficial.. yak yak yeahhh. Rakyat Malaysia yg undi Bell senarnye faham je dia main2 manifesto tu, tp kitorang yg nak Bell menang.. “

” Bagi memuliakan bulan Ramadhan tak kan nak kasi plastik itam kan…Bagus ah yb barkoba tunaikan di bulan Muharram..Alhamdulillah janji ditepati janji belanjaaaa plastik itam.. “

”  Janji ditepati.. Kami nak mee kari ah hock.. plastik hitam tu tak tahan.. Dia feel tu lg best klu bln posa.. Pagi² pekena teh o ais.. “

” Tahu YB bergurau je, tak perlu tunai pun xpe manifesto tu.. Ape yang penting 1 Malaysia dah berjaya menyokong YB sebagai Bintang Popular ABPBH.. “

” Bell sentiasa nakal dlm lawak nya.x kan peminat nak percaya nak mkn d bln ramadan.gurauan je kita pun tk ambik serius.kau menang pun dah bagus bell.. “

Memang terbaik sikap Bell, tanpa berlengah terus menunaikan manifestonya. Tidak sia-sia buat peminat yang mengundi Bell untuk melihat Bell meraih kemenangan. Semoga dengan kemenangan ini rezeki Bell makin melimpah ruah. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hotfm

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT