Connect with us

Artis / Selebriti

” Ada jer idea Pak Kodi ni, tahun depan Pak Kodi pula menang ABPBH36.. ” – Netizen

Video Gelagat Ropie Ketika Menjadi Ahli Panel Penyiasat Dalam I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 Buat Ramai Terhibur. Bersungguh Semua Dengar Cerita Ropie. Sekali Part Bunyi Tu Tak Menahan, Habis Satu Studio Berdekah Gelak, Lawak Sungguh Lah Pak Kodi Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram TV3Malaysia, perkongsian sedikit sedutan video episod I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 yang ditayangkan semalam telah membuatkan ramai terhibur. Video ini memaparkan komen Ropie selaku ahli panel penyiasat telah membuatkan ramai terhibur.

Ropie cuba meyakinkan penyanyi jemputan iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang penyanyi misteri tersebut merupakan penyanyi sebenar. Ropie menyatakan ada mendengarkan suara penyanyi misteri itu menyanyi ketika dia berada di tandas.

Namun komen spontan Ropie membuat bunyi ‘ Ploop ‘ ketika penyanyi misteri itu menyanyi di dalam tandas telah membuatkan satu studio berdekah. Aik, lain macam je bunyi tu, haha. Sempat lagi Ropie membuat lawak dalam memberi komen yang hampir meyakinkan.

Perkongsian ini telah menerima lebih 9 ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ropie antara panel tetap yang sering menjadi penghibur dalam setiap episod. Ada sahaja gelagat Ropie yang membuatkan ramai tidak kering gusi.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan emoji ketawa kerana telatah Ropie yang menghiburkan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Ade ade jek idea pak Kodi ni haahahhaha tahun depan pak Kodi pula tau menang ABPBH36.. Pk kodi oooo hoi plup.. “

” Next abph will ask brother ropie to be nominated want to see him get an award hahahaha .. Markonah betullah … G1ler la ko bang.. “

Sekadar info, Ropie merupakan seorang pelakon dan pelawak mula bertapak dalam industri seni sejak dari tahun 1998 lagi. Namun watak lakonan Ropie yang sering menjadi sebutan sehingga ke luar drama ialah watak Pak Kodi dalam drama Jenaka Kampung Kalut ( JKK ).

Dalam I Can See Your Voice Malaysia musim ini, Ropie menjadi ahli panel tetap untuk cuba meneka serta meyakinkan artis jemputan sama ada peserta-peserta berikut merupakan penyanyi sebenar atau pun penyamar. Ropie tetap dengan perangai lawaknya dalam program ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG tv3Malaysia, Ropie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT