Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
Video paduan suara Hadie Elfardie dan adiknya, Sallman Elkhoyri menyanyikan lagu Rapuh raih pujian warganet. Fuh bila adik beradik ni bergabung, bertambah sedap jadi lagu ni. Melting dengar..
Sekali pun Hadie Elfardie tidak menjadi juara di pentas Talk To My Manager tetapi Hadie sudah menang dan juara di hati ramai peminatnya. Hadie kini sudah pun kembali ke Johor dan untuk info, Hadie telah pun menerima tawaran untuk menyanyi di satu majlis korporat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kakakparipari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Hadie bersama adiknya, Sallman Elkhoyri. Hadie dan Sallman sememangnya rapat dan ketika di TTMM, Sallman yang selalu memberikan sokongan untuk Hadie menyanyi.
Ramai yang meminta Hadie dan Sallman berduet bersama setiap kali mereka bersiaran langsung. Kali ini, adik dan abang ini memenuhi permintaan viewers yang menonton live mereka dan lagu Rapuh dendangan asal penyanyi Opick dinyanyikan dengan cukup baik.

Suara Sallman yang baru ‘pecah’ kedengaran agak garau tetapi tetap merdu. Suara Sallman dikatakan warganet lebih mirip dengan suara Suhaimi Saad. Manakala Hadie pula suara versi lunak dan apabila digandingkan bersama membuatkan ramai yang terbuai-buai.
Jom tonton video di bawah :
@kakakparipari Bukan senang nak dapat dengo diorang ni nyanyi panjang2 untuk 1 lagu. Dapat juga dengo dia nyanyi lagu Rapuh lagi sekali version panjang sikit 🤣 #hadiesuhaimi #hadie #sallmansuhaimi #ttmm #rapuh
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku dan cakap aku berkenan betul dengan low note Sallman, clear, sedap dan lunak didengar. dua dua berbakat, love sangat suara tu.. “
” Suka tengok bonding adik beradik ni.. suara sallman punya macam ayahnya SS, terang dan jelas. hadi sedap juga, ada lunak merdunya.. “
” Sallman dah tak malu-malu, good boy.. apa kata kalian tubuhkan trio buat lagu sendiri satu, confirm meletop pom pom.. “
” Sallman sangat matured, suara Sallman tu suara ayah dia, sama betul. Suara husky Hadie sikit macam Aliff Aziz.. “
” Talk To My Manager musim kedua, Sallman pulak masuk ye.. tak puas dengar suara dua beradik ni.. melengkapi betul.. “
” Tak jadi nak makan dengar suara Hadie.. merdunya tu tak tahu nak cakap macam mana.. Sallman belajar main gitar dengan abang tau.. fly high korang, yakin dengan rezeki Allah.. “
” Sedapnya suara Hadie, berduet pulak dengan Sallman, memang super paduan suara abang dan adik ni.. alahai sallman, patung jadi gitar eh.. lawak sallman ni.. “
Anak-anak Suhaimi ini sememangnya dikurniakan oleh Allah anugerah suara yang lunak dan merdu sama seperti ayah mereka. Baik Hadie mahu pun Sallman, kedua-duanya ada aura yang tersendiri. Siapa tahu suatu hari nanti, mereka akan menjadi penyanyi tersohor negara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kakakparipari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti1 day ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

