” Sedap sangat tu sampai tak boleh bukak mata, adehh.. ” – Netizen

Fedtri Yahya Berkongsi Video Anaknya, Ahmad Firas Mevlana Yang Mamai Ketika Makan Buat Ramai Terhibur. Alahai Mevlana, Tutup Mata Pun Boleh Makan. Bulu Mata Tu Cantik Sangat !!

Ahmad Firas Mevlana adalah nama yang diberi oleh personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya kepada putera bongsunya. Nama yang membawa makna ‘ ketaj4man akal fikir pujangga terbilang nan terpuji ‘ itu diinspirasi daripada nama Mevlana Jalaluddin Al Rumi.

Hasil tinjauan di akaun Instagramnya, Fedtri ada berkongsi satu video gelagat anak bongsunya, Mevlana sewaktu diajak oleh kakaknya untuk makan. Jelas pada waktu itu Mevlana yang berbaju tidur tetap melayan permintaan kakak tersayang walaupun matanya sudah layu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah, biarpun sudah mengantuk dan mamai, Mevlana tetap meneruskan kunyahan makanan yang ada di dalam mulutnya. Walaupun mata sudah tertutup rapat tetapi makan tetap diteruskan. Betul-betul makan lagi best dari tidur ni.

Dalam video tersebut juga kedengaran suara kakak-kakaknya yang tidak berput0s asa mengej0t adik kesayangan mereka. Biarpun dikej0t tetapi Mevlana tetap juga tidak membuka matanya. Kelakar betul Mevlana, semua terhibur dengan gelagat si bongsu ini.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Gelagat Mevlana yang dirakam oleh Fedtri mencuit hati peminat. Rata- rata peminat memuji kecantikan bulu mata Mevlana. Antara komen-komen mereka adalah :

” Sedap sgt tu sampai tak blh bukak mata adehh.. so cute, Mkn dlm mimpi ke tu nak ooiiii, Mengunyah dalam syahdu.. “

” Comelnya telatah dia.. simpan video buat kenangan untuk dia bila besar nanti, Cute nya… cantik nya mata tuuu.. “

” Alahaii comeynya dia.. dlm tdo pun makan juga, Senang nk ajak bersahur nanti ni, Bulu mata nya panjang.. cantik.. “

” Nikmat dpt mkn, biar pun dibuai mimpi.. sapa yg conteng muka Mevlana tu, Tdo dan makan mana lg penting ni dik, Comel.. “

” Halah halah halahhh.. Kenapa comel sangat ni mevlana.. Nak tidur ke nak makan, Alo kiutnya, momen begini mengingatinya sgt indah.. “

” Nikmatnya dia makan sambil tutup mata.. bulu mata tu yg paling win, Ya Allah mata dia dh kuyu sgt dah kunyah lagi dan lagi.. “

” Cantiknya blu mata dia, ada petua tak nk ngi cantik mcm tu, ada buh minyak apa2 tak, Dahsy4tnye.. pujukan kakak, ahahahahah gagah sgt lagi tu buka mulut.. comel.. “

Anak-anak adalah anugerah yang terindah. Kehadiran mereka dalam hidup ibu bapa sudah pastinya menceriakan suasana. Begitulah yang berlaku pada keluarga bahagia Fedtri. Kami di Berita Kopak akan sentiasa mendoakan semoga Mevlana menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu dan bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..