Artis / Selebriti
” Sebaknya kapsyen Watie ni, kita nangis baca sampai last.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Ucapan Watie Hanifiah Buat Shuib Sepahtu Sempena Ulangtahun Perkahwinan Mereka Yang Pertama Buat Ramai Tersentuh. Part Hujung Kapsyen Tu Alahai Sebaknya Baca Ayat Watie !!
Pejam celik, pejam celik, sudah setahun berlalu sejak Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Pelbagai dugaan melanda Shuib dan Watie, namun sudah tertulis jodoh mereka bersama. Lebih membahagiakan, kehadiran Watie bukan sekadar isteri tetapi ibu kepada anak-anak yang kehilangan kasih seorang seorang ibu.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi kenangan manis Shuib bersama Watie sepanjang usia perkahwinan mereka itu. Watie juga turut mencoretkan ucapan khas buat Shuib sempena anniversary pertama mereka.
Luahan hati Watie ini banyak memuji kebaikan Shuib yang sentiasa menerima dirinya seadanya. Walaupun Watie ada kekurangannya, namun Shuib sentiasa melengkapkan kekurangannya itu. Kerana Shuib juga, banyak perkara yang berubah dalam hidup Watie dan semuanya ke arah kebaikan.

Watie turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dia masih lagi diberi kesempatan untuk melihat susuk tubuh seorang lelaki yang bergelar suami setiap kali bangun dari tidur. Tersentuh hati warganet membaca ayat Watie pada penghujung kapsyennya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Watie ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy Anniversary yang pertama Mummy,Terima kasih menjadi isteri dan mummy yg baik, terima kasih terima daddy dan keluarga ni seadanya. Semoga Allah turunkan Rahmat dan kebahagiaan kepada keluarga kita smpi lah ke Syurga,Amin.. ” – Shuib
” Luarbiasa pasangan ni…tp yg lebih luarbiasa mestilah Wati. Mulia sgt hati mu. Tahniah. Trus berbahagia hingga syurga.. ”
” Happy anniversary shuib dan watie. semoga bahagia sampai syurga aamin. Anniversary pon bawak anak²…. satu perkara luar biasa. syabas.. ”
” Baca caption so suwittttt. mata masuk habuk, sedihh.. happy anniversary watie dan shuibsepahtu.. semoga kalian bahagia hingga hujung nyawa.. ”
” Happy anniversary watie dan shuib. Semoga berbahagia.. nk cry la baca mummy tulis walaupun jenuh nak baca. sedar-sedar dah basah pipi.. ikhlas dari hati betul ucapan Watie ni.. ”
” Part bawah tu alahhhh sedih kite bacaa. moga kalian sentiasa bahagia dan d bawah rahmat ALLAH. Happy anniversary Watie Shuib.. ”
” Sebaknya kapsyen Watie ni, kita nangis baca sampai last. Happy anniversary lovebird. moga kekal berkekalan sampai hujung nyawa.. ”
Allah sebaik-baik pengatur untuk kehidupan Watie dan Shuib. Di sebalik Shuib membentuk Watie menjadi isteri yang baik dan solehah, Watie juga menjadi tulang belakang Shuib untuk sama-sama membentuk keluarga bahagia mereka bersama anak-anak. Semoga pasangan ini sentiasa dalam rahmat Allah, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

