Artis / Selebriti
” Sebak tengok keakraban Ayden dengan YB. YB ni memang daddy’s material la.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq meluangkan masa berjogging bersama anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean. Ramai yang tersentuh melihat cara YB Saddiq layan Ayden, dah macam anak sendiri..
Umum mengetahui yang YB Syed Saddiq dan Bella Astillah (BASS) dikaitkan dengan hubungan cinta. Sana sini, ramai yang bercakap mengenai BASS dan ramai yang merestui hubungan mereka berdua. Tidak hanya akrab dengan Bella, YB Saddiq juga rapat dengan anak-anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Meninjau entry di akaun Instagram Basscontents, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat YB Saddiq, Ayden dan PA YB Saddiq, Jack jogging bersama-sama. Ini bukan kali pertama YB Saddiq membawa Ayden untuk beriadah tanpa Bella bersama.
Melihat kemesraan Ayden bersama YB Saddiq, ramai yang tersentuh dan memuji sikap YB Saddiq. Ayden kelihatan selesa apabila bersama YB Saddiq. Warganet menggelarkan YB Saddiq sebagai daddy Ayden dan sangat senang hati melihat Ayden mendapat kasih sayang seorang lelaki yang boleh dianggap sebagai ayah.

Warganet juga mengatakan YB Saddiq seorang yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam perbuatannya. Sekiranya YB Saddiq dan Bella berkahwin, pastinya Ayden orang paling gembira kerana ada daddy yang sekepala seperti YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ini lah moment yg sepatut ayah dan anak, rugi esok2 bila anak dh besar tiada kenangan dgn ayahnya.. Aku pulak yg sebak tengok keakraban Ayden dgn YB ni. seorang anak kecil yg sememangnya memerlukan ksh syg dr seorang ayah.. “
” Ayden.. daddy and uncle Jack. ini pun vitamin juga ya.. BASS.. Tinggi dak ayden ni. Baru 8 tahun da sampai siku dad.. Respect dgn YB bukan saja close dengan mommy tapi close dgn anak2. Mesti Ayden happy kan.. “
” Alhamdulillah… Semoga Ayden , daddySS jugak uncle jack nya. Sihat Sejahtera senantiasa, dilindungi-Nya disetiap Langkah2 Perjalanan hidup dgn Limpah Rahmat Inayah-Nya Dan KasihSayang NYA walau dimana saja berada. Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” Baiknya YB syedsaddiq ni… terharu tgk dia jaga Bella dan anak2… semoga yg baik2 saja utk kalian semua.. Papa dan Ayden.. Papa Saddiq mengajar kehidupan yg sihat fizikal dan mental.. terbaekkkk.. keep going Ayden.. “
” Dad n son bonding time.. best kan klau ada anak mcm ni yg mau ikut kita beriadah.. may YBSS be acquitted of all charges.. Love d son & dad vibes.. “
” Bonding time…. YB nie mmg daddy’s material laaa. Sosok seorang ayah yang terbaik utk ayden.. sis sebak tgok ni.. baiknya YB.. ikhlas dlm segala perkara.. “
” Siapa yg tak happy dgn life YB sekarang ni? he is a genuinely responsible person, and now he becomes an instant father but he is doing it proudly.. “
YB Saddiq adalah lelaki yang diidamkan oleh ramai wanita, bukan hanya prihatin terhadap Bella tetapi juga untuk anak-anak Bella. Mungkin jika ada jodoh antara YB Saddiq dan Bella, YB Saddiq akan menjadi seorang ayah yang terbaik untuk Ayden dan Ara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Basscontents, Tiktok Carlos
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

