Artis / Selebriti
” Saya tengok pun rasa bahagia, rezeki dapat keluarga mertua macam ni.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Sambut Menantu Jasmin Hamid Cur1 Perhatian Peminat. Simple Namun Tetap Meriah. Untung Ada Family Yang Menyayangi, Selamat Berbahagia Jasmin !!
Tanggal 19 November yang lepas, pelakon senior Jasmin Hamid telahpun memaklumkan kepada umum tentang majlis akad nikahnya bersama pembantu peribadinya bernama Nazmir. Hanya kenduri doa selamat sahaja yang diadakan untuk ahli keluarga pada waktu itu.
Kini setelah seminggu bergelar suami dan isteri, pasangan pengantin baru ini diraikan oleh keluarga Nazmir dalam sebuah majlis ringkas. Meninjau akaun Instagram Jasmin, beberapa keping gambar mereka bersama keluarga telahpun dikongsikan.
Ungkap Jasmin di kapsyennya, ucapan terima kasih untuk mak mertua dan seluruh ahli keluarga suaminya atas persediaan majlis ini. Dengan mini pelamin yang indah, mereka sekeluarga bergambar sebagai kenangan.

Pada majlis ini, Jasmin dan anak-anaknya bersuai kenal dengan seluruh keluarga Nazmir dan selepas ini andai diizinkan Allah majlis suai kenal Nazmir bersama keluarga Jasmin pula. Alhamdulillah, rezeki Jasmin punya mertua yang menyayanginya seperti anak sendiri.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Indah sungguh melihat keakraban keluarga besar ini dan pastinya Jasmin merasai kebahagiaan yang berganda dengan kehadiran insan-insan tersayang. Antara komen-komen peminat :
” Soo happy for you. moga perkahwinan dikurnia keberkatan dan nikmat barokah dari langit hingga ke jannatul firdausi.. “
” Alhamdulillah rezeki kak min. semoga ikatan yg terbina ini mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara kedua-dua bel4h keluarga.. “
” Sweetnya, alhamdulillah untuk Jasmin dan Amir semoga kekal both of you ke jannah. Jambunya pakai kaler pink.. “
” Hebatt.. tahniah kak Jasmin .. happy tengok pasangan halal diam-diam terus nikah. Nampak anggun dan cantik gambar kak min dan family.. “
” Muka semua dekat-dekat nak sama. Bertambah suka sy dgn kak Jasmin Hamid. semoga kekal bahagia sampai jannah.. aamiin.. “
” Saya tengok pun rasa bahagia, alhamdulillah rezeki dapat keluarga mertua yang penyayang. Semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Cantik macam muda-muda dulu jugak Jasmin. Awet muda dan tak nampak tua, so sweet. Semoga bahagia hendaknya kak min.. “
” Muka mak mentua kak jasmin ada iras kak la. SubhanAllah. Mmg kak ditakdirkan utk bersama dgn suami dlm cara yg sungguh unik. Semoga kak dan suami bahagia hingga ke syurga. Allahumma aameen.. “
Allah sebaik-baik pengatur, hadirnya mertua untuk Jasmin menumpang kasih sayang. Semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan sehingga ke akh1r usia dan aman damai selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jasmin Hamid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

