Artis / Selebriti
” Saya minta maaf bagi pihak KRU atas perbuatan abang saya.. ” – Yusry Abdul Halim
Video Datuk Yusry dan Edry membahan abang mereka, Datuk Norman dalam satu podcast buat ramai terhibur. Part kisah photoshoot Majalah Mangga tu paling kelakar. Berdekah semua gelak, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Sinarmy, perkongsian sebuah video podcast bersama kumpulan KRU telah membuatkan ramai terhibur. Kumpulan yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim ini telah mengimbau kenangan lalu.
Mereka juga turut mengusik abang sulung mereka iaitu Datuk Norman yang membuatkan dua orang hos podcast turut tertawa. Antara memori yang mengimbau kenangan mereka ialah sewaktu sesi photoshoot untuk satu majalah iaitu majalah Mangga.
Pada yang membesar pada tahun 90 an, pastinya amat sinonim dengan majalah tersebut. Majalah tersebut sering membuat photoshoot artis di kolam renang dan Datuk Norman juga pernah menjalani photoshoot tersebut. Ketika berkongsi kisah ini mereka sempat lagi membahan Datuk Norman.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun masing-masing sudah berada di penghujung 40 an dan sudah menginjak ke usia 50 an, gurauan mereka tetap seperti zaman muda dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar perbualan tiga adik beradik ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Gitu je ek banglong kena buli dgn adik²nya.. Dina wakil kitaorg terhibur ngn kru.. mana nak dengar podcast ni? walupun dah 50, bila brothers ni bersama part menyakat tu still macam perangai teenagers.. “
” Hahaha Abg Long teruk kena bahan.. hahahah lama diaorg tunggu pendam nak cerita.. Fevret sy akan bertukar2 dr yusry dan norman.. “
” Best dgr borak selebriti hri nie..bru duk sebut² klau jemput KRU pun best jgk mggu nie..tup² buka apps syok dgr suara Datuk Yusry trs kuatkan volume smbil masak.. “
” Walaupun dah hujung 40 an KRU ni tapi melawak dengan adik beradik macam masih remaja lagi.. Kaw2 mc normy kena bahan.. “
” Memang lawak part ni, gelak eh walaupun berulang kali dengar .. Abg yusryabdhalim saya stuju part melonjak2 album jual tu … hambooiii.. “
” Patutnya Norman citer balik momen Pi mai pi mai tang tu episod dia kena bahan dgn Sathya, arwah Pak Busu, Pak Uda.. Itu nama kuru.. “
” Hahhahahah kesian Norman. Kaw kaw kena.. Terbaik dan berbaloi borak selebriti SinarFM …DJ@hos tahu dn bijak btanya dn mberi vibe meriah… “
Sangat nampak keakraban dan silatulrahim di antara mereka bertiga ini. Apabila berkongsi kisah lama pastinya begitu banyak kenangan suka dan duka buat mereka. Datuk Norman selaku abang sulung tetaplah beralah apabila adik-adik mula mengusik, hehe..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

