Artis / Selebriti
” Sampai saya pun diseru. Patut tercekik sikit masa makan cendol semalam.. ” – Dr Izzar
Video Ummi Nazeera tersalah sebut gelaran untuk suaminya dalam program MeleToP buat ramai terhibur. Sakan Nabil dan Zahiril gelak dan menyakat Ummi. Respon Dr Izzar juga mencuit hati ramai, haha..
Drama Andai Tiada Dia semakin menarik dan mencapai jumlah tontonan yang tinggi. Watak utamanya, Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Zahiril Adzhim dan Mimi Lana berjaya membuatkan penonton ketawa, menangis dan geram menonton lakonan hebat mereka itu. Ummi dan Zahiril juga diundang ke rancangan MeleToP untuk bercerita mengenai drama ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Ummi ditemubual oleh Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana. Ummi tersasul menyebut Dr Izzar dengan gelaran ‘ orang rumah ‘. Ayat Ummi itu membuatkan Nabil dan Zahiril tergelak.
Ummi sendiri ketawa selepas dia tersasul dan bertanyakan gelaran apa yang sesuai disebut untuk suaminya. Zahiril laju sahaja membetulkan Ummi dan mengatakan Ummi lah orang rumah dan Dr Izzar pula adalah ketua rumah. Nabil pula sengaja mengusik Ummi dan mengatakan sebagai suami dia terasa apabila digelar orang rumah.
Seronok Nabil dan Zahiril menyakat Ummi kerana gelaran itu. Kebiasaannya simpulan bahasa ‘ orang rumah ‘ ini banyak digunakan untuk menggambarkan isteri yang di rumah. Jarang orang menyebut suami sebagai orang rumah. Perkongsian ini membuatkan ramai yang terhibur.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbayang dr izzar pakai apron masak dekat dapur haha.. pastu pegang vacuum.. adui lawak lah umi ni.. orang rumah “
” Peribahasa org rumah mmg dimaksudkan isteri. Tapi kalau yg dimaksudkan org rumah dlm kamus dbp bermaksud org yg tggl bersama di rumah.. “
” Biasa kalau husband ni cik abang. Orang rumah ni lebih merujuk kepada suri rumah iaitu Isteri.. “
” Punchline ni menang Dr Izzar.. tapi kan orang rumah tu simpulan bahasa tau bukan peribahasa.. yang nak buat kelas pun salah haha.. “
” Hebat lah Dr Izzar ni jadi influencer, bukan setakat boleh buat ulasan drama, buat iklan tisu, sifat kelakar pun dia boleh jangkitkan kat Suri eh silap, Ummi.. “
” Orang rumah haha.. puchline berapi harap doktor izzar bertabah la yeee.. cikgu suri ni cikgu pendidikan seni.. “
” Oh. Baru saya tahu .. Doc dh tukar title jadi orang rumah. Comellah umminazeera bila tersasul . Jgn marah Ummi ya Doc.. “
Comel sungguh reaksi Ummi apabila tersasul. Rasanya semua memahami maksud Ummi walaupun Ummi tersilap menyebut orang rumah. Apa-apa pun, Dr Izzar memang suami terbaik dan selalu menyokong karier seni Ummi. Dia lah suami, dia lah juga pengulas semua drama lakonan Ummi. Salute lah ‘orang rumah’ Ummi ini, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar, IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen