Viral
” Sakitnya kehilangan anak. Mesti dia terkenangkan Izyanti masa kecik tapi sekarang dah tak ada.. ” – Komen Netizen
Video ibu kepada arwah Nurul Izyanti ( UPSI ) menangis ketika anak-anak sekolah PASTI Besut membacakan doa untuk arwah buat ramai sebak. Doa yang tulus daripada anak-anak kecil menyentuh hati seorang ibu. Bacaan doa yang menusuk ke hati..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mohd Syamri, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan anak-anak PASTI Besut menyantuni dan membuat ziarah dan tahlil ke rumah salah seorang mangsa nahas bas UPSI di Gerik bernama Nurul Izyanti Binti Muhamad Azahar.
Kedatangan pelajar PASTI ini disambut dengan terbuka oleh keluarga arwah Izyanti. Selain ziarah, anak-anak ini juga turut membacakan doa untuk arwah Izyanti dan 14 lagi rakan-rakan yang terkorban. Hati ibu mana yang mampu menahan air mata ketika mendengar bacaan doa daripada anak kecil berusia 5 tahun.
Mereka masih kecil tetapi doa yang dibacakan menusuk ke hati. Ibu Izyanti tidak dapat menahan air mata ketika mendengar anak-anak PASTI memohon keampunan dosa untuk arwah dan meminta agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perasaan sedih kehilangan anak yang perginya ketika berjuang untuk mencari ilmu. Pergi tanpa sebarang pesanan namun semuanya sudah tertulis di luth mahfuz. Sudah tiba ajalnya untuk meninggalkan dunia yang sementara ini.
Jom tonton video di bawah :
@mohdsyamriabdraza Saat anak kecil berusia 5 tahun menadah tangan… “Ya Allah… ampunilah dosa arwah. Tempatkan dia bersama orang beriman.” Tiada siapa mampu tahan sebak. Si ibu menitiskan air mata. Doa kecil… dari hati yang suci. 📿 Mereka datang bukan sekadar ziarah, tapi sebagai hadiah akhirat. 💔 Hari ini, adik-adik PASTI hadiahkan doa untuk kakaknya. ✨ Kecil jasad, besar doa. ✨ Kecil suara, tapi tinggi di sisi Allah. #PASTIMenyantuni #TragediBasUPSI #DoaAnakSyurga #ZiarahKasih #KecilJiwaBesarDoa #FYP #MomenMenyentuh #ViralTikTok #AnakPASTI
@mohdsyamriabdraza air mata seorang ibu keluar tanpa dipinta.. #gerik #upsi #pasti #AnakPASTI
@afiqzohir Sesungguhnya adik-adik pasti belum ada dosa, mempunyai hati yang bersih. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. #kemalangangrik #upsi #pelajarupsi
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sakitnya kehilangan anak.. mcm ni juga sy nampak ibu sy, berjuang melawan sakitnya merindu.. Al-Fatihah buat izyanti dan adik sy Anas Afifi bin Ahsan. Allah sayang mereka.. “
” Arwah izyanti cantik macam mak dia rupanya. Mesti dia terkenangkn anak dia masa kecik. Seorang ibu besar cmna pun ank tetap bygkn dia msih baby.. “
” Kuat ye puan.. sesungguhnya puan adalah insan yang terpilih untuk mengharungi dugaan yg maha berat ini.. Al fatihah untuk bidadari syurga adik izyanti.. “
” Mak dia tgk budak tu.. msti mak dia teringat/terbayag arwah kecik2.. besar budak tu. .tp skrg dh tk de.. “
” Peluk jauh buat ibu hebat ini. Menangislah ibu,menangis sepuasnya.Kami yang tidak kenal dia pun boleh mengalir airmata apa lagi ibu yang kandungkan dia. AlFatihah buat Nurul Izyanti dan semua yang pergi juga.. “
” Mesti mak arwah teringat arwah masa kecik. Semoga tenang ditempat baru izyanti & semoga ibu arwah dpt melalui khidupan seterusnya tanpa anak tersayang. sakit nya ya Allah.. “
” Parent yg kehilangan anak ni mesti akan tringat balik saat2 anaknya tu baru lahir, moment2 masa baby jaga sampai besar dan akhirnya berpisah jua di dunia.. “
Pastinya ibu Izyanti terkenangkan kenangan-kenangan dari Izyanti kecil sehingga besar. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Izyanti dan setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Semoga ibu Izyanti dan seluruh keluarga diberikan kekuatan untuk mengharungi waktu sukar ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mohdsyamriabdraza , Tiktok Afiqzohir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

