Artis / Selebriti
” Rezeki baby baru, tahniah Abang Joe sekeluarga.. ” – Netizen

Fizo Omar Kongsi Video Dapat Kunci Rumah Baru, Bakal Berpindah Tidak Lama Lagi. Wah Besar Rumah Baru Abang Joe. Rezeki Anak-Anak, Tahniah !!
Baru-baru ini, pelakon Fizo Omar baru sahaja menimang cahaya mata keduanya. Perkongsian berita gembira itu telah dikongsikan oleh Fizo menerusi akaun Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur isteri dan anaknya yang baru lahir selamat dan sihat.
Menerusi akaun Instagram Fizo, telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya dan keluarga tidak lama lagi akan berpindah ke rumah baru. Dalam video itu, Fizo merakamkan telatah ibu kesayangannya sedang mengemas barang untuk dibawa ke rumah baru.
Selain itu, menerusi saluran Youtube Fizo, telah berkongsi ketika pergi melawat rumah barunya. Malah video tersebut juga merakamkan persekitaran luar dan dalam rumah yang bakal diubahsuai kembali oleh Fizo sebelum menetap di situ.
Kelihatan rumah yang baru dibeli oleh Fizo itu begitu luas dan mempunyai banyak sudut, ruang dan bilik. Bahkan Fizo berkongsi bahawa studio kerjanya turut ada dalam rumah itu. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Fizo mengenai rumah baru telah ditonton lebih 6700 tontonan sejak ia dimuatnaik ke saluran Youtube.
Ikuti perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan tahniah kepada Fizo kerana telah memiliki rumah baru. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Alhamdulillah murah rezeki, cantik btl. Tahniah Fizo, semoga terus hidup bahagia bersama keluarga tersayang.. “
” Rezeki baby baru, tahniah Abang Joe sekeluarga. Nampak luas betul, semua orang ada bilik masing-masing, menarik.. “
” Alhamdulillah semoga dimurahkan lg rezeki Tn Fizo sekeluarga. Tak sabar nk tengok rumah baru dah siap deco, msti cantik. Seronok tengok ibu Tn Fizo pon ceria skg.. “
” MasyaAllah Taabarakallah. Tahniah Abe Joe. Semoga terus dilimpahkan rezeki buat Abe Joe dan keluarga.. “
” Wah besar rumah, cantik ni. Rezeki anak-anak dan keluarga. Semoga Fizo terus dimurahkan rezeki.. “
” Suka tengok Fizo layan mama dia, nampak mama Fizo pun sekarang makin sihat. Alhamdulillah rezeki dapat pindah rumah besar.. “
” Yeayyy nampak Cik Yam paling happy betul dapat pindah rumah baru. Tahniah Fizo, dapat pindah rumah lagi besar.. “
Tengok halaman tepi rumah pun luas betul. Nanti bila dah siap ubahsuai mesti nampak lagi bertambah cantik. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Fizo dapat memiliki kediaman baru. Semoga kehidupan Fizo selepas ini akan bertambah lagi bahagia.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar, Youtube Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni tengok banyak kali pun still berdekah. Berani betul kenakan Ajai, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Zaman abah, gantung CD dekat leher. Zaman anak, gantung segulung ijazah.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” C0py paste Amy Search laa, handsome boy sangat ni.. ” – Netizen