Artis / Selebriti
” Reaction yang paling comel tu si daddy. Satu family happy mummy Stacy win.. ” – Netizen
Video Reaksi Anak-Anak Stacy, Bella Dan Eshaal Serta Akim Ahmad Ketika Stacy Diumumkan Sebagai Pemenang The Masked Singer Malaysia Musim 4. Wah Happynya Semua Mummy Menang. Melompat-Lompat, Daddy Pun Sama Naik Dengan Anak. Supportive Betul !!
Sebagaimana yang dikatakan oleh Stacy ketika sesi temubual selepas tamatnya final The Masked Singer Malaysia Musim 4, Stacy tidak menyembunyikan identitinya sebagai maskot Bunga Matahari daripada Akim Ahmad dan anak-anaknya, Bella dan Eshaal.
Meninjau akaun Instagram Beyshal iaitu akaun Instagram anak-anak Stacy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di rumah Stacy ketika Stacy diumumkan sebagai pemenang. Akim, Eshaal, Bella menanti dengan penuh debaran sehingga ke penghujung rancangan.
Ketika Dato’ AC mengumumkan Bunga Matahari sebagai pemenang, bersorak Akim dan anak-anak kegembiraan. Bukan setakat Eshaal dan Bella yang melompat, Akim pun sama naik dengan anak-anak. Berjoget-joget Akim apabila isteri kesayangan menjadi juara.

Lagi bertambah riuh rumah dengan sorakan mereka bertiga apabila topeng Bunga Matahari dibuka. Seronok warganet melihat betapa saling mendokong antara satu sama lain dalam keluarga Stacy dan Akim ini. Mummy berjuang di pentas TMSM4, daddy pula berjuang menjaga anak-anak di rumah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Akim pun terloncat sama haha.. Reaction yang paling cumil tu si daddy. Hahaha. Congrats Bunga Matahari family.. ”
” Sempat lagi Akim tukar pempers anak haha.. sumpah comel family Stacy dengan Akim ni, semua full support.. ”
” Satu family happy mummy Stacy win.. akim pun lucu lah, lagi happy dari anak-anak ni. lompat dia dengan joget lagi guyss haha.. ”
” Bapak mithali sungguh Akim ni. Dalam happy tengok Stacy menang pun, sempat tukar pampers Isa.. suka lah pasangan ini, saling menyokong.. ”
” Congrats mommy beyya, eshal n isa… daddy u jaga ank kat rumah ye bey.. ISA je steady.. Tak faham apa yg dijerit² tu.. dia tepuk tangan jer haha.. ”
” Bapak dia pun haha, dalam lompat sempat urus Isa. Congrats Stacy Anam. Steady je Akim dengan anak-anak support dari rumah je.. ”
” Congrats stacy. wah seronok dpt sokongan fmly . suka dgn ank2 stacy akim ni mesti diorng proud mak bapa dia artis femes . mesti ank duk cite mak kita stacy tau . menang no 1 . bapa kita akim tau.. ”
Meriah sungguh rumah ada suami dan anak-anak yang ceria seperti ini. Seronok Eshaal dapat pegang trofi kemenangan mummy. Hasil usaha Stacy membuahkan hasil dan yang penting Stacy sudah berjaya mengotakan janjinya pada Akim untuk lakukan yang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Beyshal, IG Stacy Anam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae



