Connect with us

Artis / Selebriti

” Reaction dia tu, priceless nya. Tak pasal-pasal aunty join nangis.. ” – Netizen

Video Throwback Reaksi Anak Sulung Datin Elvina Mohamad, Karl Mateen Ketika Berjumpa Adiknya Yang Baru Lahir Buat Kali Pertama Buat Ramai Yang Tersentuh. Alahai Sampai Menangis Karl Sebab Terlalu Gembira, Touching Sungguh. Baby Ean Pun Comel Sangat !!

Datin Elvina Mohamad telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 20 April yang lalu di Damansara Specialist Hospital. Anak kedua ini dinamakan sebagai Ean Maleeq dan kini genap usianya 2 bulan. Ean juga diwujudkan satu akaun Instagram atas nama Ean Maleeq.

Meninjau akaun Instagram Elvina Mohamad, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan reaksi anak sulung Elvina, Karl Mateen ketika kali pertama bertemu dengan adiknya ini. Karl dibawa ke hospital untuk berjumpa dengan Elvina.

Karl yang berwajah comel ini kelihatan begitu teruja untuk bertemu adiknya. Dapat dilihat Karl memegang perut Elvina dan daddynya, Datuk Haniff Borhan memberitahu perut mommynya sudah kempis dan baby sudah tiada di dalam perut. Karl diminta memejamkan mata dan baby Ean dibawa ke katil.

Elvina dan suaminya tidak menyangka Karl akan memberikan reaksi sebegitu. Awalnya Karl tersenyum tetapi selepas itu Karl menitiskan air mata. Alahai sweet betul abang Karl ni, terlalu gembira dapat jumpa adik. Comel sungguh melihat Karl menc1um pipi adiknya itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Elvina ini telah pun meraih lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Owh my.. so sweet of Karl.. Terus berkobar nak ada baby lagi hehe.. ” – Norman Hakim

” Mata i pun berkaca, sweetnya Karl. Karl so gentle and soft hearted.. MashaAllah.. bijak dia.. dah faham erti jadi abg.. Aunt pun auto sed1h.. ”

” Karl why aunty pun rasa nk cry nihhh.. Alaaa babe who’s cutting onions in hereeee.. cute je dia. Btw congratulations dear.. ”

” Aww he’s crying.. kenapa Aku pun cry tengok dia.. such a sweet brother, Karl.. abang yang ada hati penyayang.. ”

” Pandainya Karl.. Such a sweet boy lah abang… aunty cry also.. Karl ni …tak pasal-pasal aunty join nang1s.. ”

” So sweet abg karl with lil brother.. saya nang1s tengok video ni kak elvinamohamad.. Sweet boy la abang.. touching betul tengok.. ”

” Reaction dia tu… priceless nyeee… dia pon taw sebak happy tu.. pastuu kita pun berair mataa.. such a sweetheart lah the big abang.. ”

Reaksi spontan Karl itu begitu menyentuh hati dan membuatkan ramai yang turut menang1s. Kecil-kecil lagi Karl sudah menunjukkan sifat penyayang dan hati lembutnya itu. Tentu Karl akan menjadi abang yang protective terhadap adiknya ini nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elvina Mohamad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT