Artis / Selebriti
” Ralatlah, sanggup dia tipu anak dia.. ” – Nabil Ahmad
Video Nabil Ahmad bercerita mengenai penipuan terbesar yang arwah ayahnya pernah lakukan buat ramai sebak. Sedihnya tengok Nabil tahan sebak sambil bercerita. Radin dan Pak Azad pun sampai terkedu dengar..
Ayah digambarkan susuk tubuh yang kuat dan rela melakukan apa sahaja demi keluarga tersayang. Ayah individu yang tidak banyak bercakap tetapi kebiasaannya ayah memendam perasaan sendiri. Ramai ayah-ayah di luar sana yang rela membohongi anak-anak demi melihat anak gembira.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil berkongsi cerita mengenai penipuan terbesar yang pernah arwah ayahnya lakukan ketika hidup. Sebelum ayah Nabil jatuh sakit, ayah Nabil dan ibunya ada muncul di rancangan MeleToP yang dihoskan oleh Nabil.
Mereka sekeluarga bersama produksi MeleToP membuat kejutan sempena hari lahir Nabil. Kata Nabil, ayahnya berjanji ketika itu mereka akan bertemu lagi pada minggu akan datang. Ayah Nabil mengatakan yang dia akan turun ke KL untuk berjumpa Nabil, namun sayangnya Allah lebih menyayanginya.

Ayah Nabil tidak dapat memenuhi janjinya itu kerana dia diserang sakit jantung dan mengalami kompilasi jantung yang teruk. Ayah Nabil disahkan meninggal pada 7 Oktober 2022 di Hospital Serdang. Nabil menahan sebak ketika bercerita dan itu adalah penipuan terbesar yang arwah ayahnya lakukan.
Jom tonton video di bawah :
Radin dan Pak Azad memahami apa yang Nabil rasakan. Nabil sendiri pernah mengatakan ketika bersiaran di rancangan MeleToP yang dia merasa sangat ralat kerana banyak lagi yang belum dia lakukan untuk membalas pengorbanan ayahnya.

Pak Azad pula mengatakan pandangannya secara personal, ianya bukan penipuan daripada seorang ayah kepada seorang anak tetapi ianya lebih kepada ayah ingin menjaga hati si anak. Apa-apa pun, semoga arwah ayah Nabil tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Youtube Channel Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

