Artis / Selebriti
” Petahnya bercakap, tak pelat langsung.. ” – Komen Netizen
Video perbualan Fizo Omar bersama anak-anaknya, Wan Khaleeda dan Wan Humairah raih perhatian ramai. Wah, petah bercakap lah si kakak. Tak pelat langsung, comel je suara dia..
Meninjau ke akaun Instagram Fazeera Nazri, perkongsian sebuah video yang memaparkan perbualan Fizo Omar bersama dua orang anak perempuannya telah meraih perhatian ramai. Wan Khaleeda dan Wan Humairah merupakan cahaya mata Fizo menerusi perkahwinan kali keduanya.
Perbualan mereka adalah mengenai barang-barang yang ingin dibeli. Khaleeda dilihat cukup petah berkata-kata dan yang paling menarik tidak pelat langsung. Setiap perkataan yang disebut Khaleeda cukup jelas didengar dan tersusun.
Nampak seperti bermacam-macam barang yang ingin dibeli oleh Khaleeda. Maklumlah orang perempuan kalau berkaitan dengan shopping sememangnya sangat suka. Kalau diminta untuk menyenaraikan barang, mahu tak cukup list dibuatnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya sejak dari kecil lagi Khaleeda sudah dilatih untuk tidak bercakap pelat kerana anak-anak akan mengikut percakapan ibu bapa.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang suka mendengar kepetahan Wan Khaleeda bercakap. Antara komen-komen yang diberikan :
” Pandey dh nya klakar video byk2 suka tgok.. Apa perkataan yg pertama tu? Nk ajak pi beli barang kat mana tu? Adooi sakit perut aku.. “
” Pandai cakap… auto teringat.. Cucu sy separuh kL separuh cakap srwk.. sbb nk mama dia org kuching.. Duit takde Cute sgt.. “
” Diorang ni beza berapa thn ya ? Seronok tngk mcm kembar dah. First time nmpk post ni. Berapa umur anak2 ni? Pandainya.. “
” Bijaknya..petah bcakap.. love this two.. comel lah mereka berdua ni. memang mcm kembar. kakak pandai bercakap.. “
” Mun dah besar sikit pande sidaknya klakar swk & kelate inshaaAllah. Cute bah dak duak tok. Sik lamak gik ada adik baru. Tahniah kitak & suami .. “
” Kakak brp tahun x pelat. kiut…pendei ny kelakar.jelas sebutan.. Comel je mcm kembar .. Sorg muka dady sorg muka momy .bijak ye Bp Thun ni kakak.. “
” Bijaknya..dahla comel. Petahnye ckp, X pelat pun die berckp.. Geramnya byk cakap. mcm nenek dia laaa…mak fizo.. “
Comel sungguh gelagat kedua-dua adik beradik ini. Apabila bersama nampak seperti pasangan kembar kerana jarak usia mereka tidak jauh sangat. Hanya berbeza 11 bulan sahaja. Semoga kedua adik-beradik ini membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang bijak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazeera Nazri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen

