Artis / Selebriti
” Pecah lagu ni, Tokti dengar pun boleh tergamam, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin ‘merosakkan’ lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Cinta Padamu buat ramai terhibur. Memang ke laut dalam suara masing-masing. Berdekah bila dengar, habis rosak lagu Tokti, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan geng 3 Pagi Era menyanyikan lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah meraih perhatian ramai. Radin, Pak Azad dan Nabil Ahmad menyanyikan lagu berjudul Aku Cinta Padamu.
Mereka menyanyikan lagu tersebut dengan cara berantai atau bergilir-gilir. Radin memulakan nyanyian tersebut, kemudian diikuti oleh Nabil dan Pak Azad. Mereka kemudian bergilir-gilir menyambungkan lagu tersebut sehingga habis.
Apa yang membuatkan ramai terhibu kerana suara masing-masing yang agak sumbang. Mereka juga tidak mengikut rentak lagu asal dan menyanyikan dengan sesuka hati. Antara mereka bertiga, ramai warganet memuji suara Pak Azad yang sedap didengar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Mereka menyanyikan lagu ini bersempena hari lahir Dato’ Seri Siti pada 11 Jan lepas. Agak-agaknya apalah reaksi Dato Seri Siti apabila mendengar nyanyian mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur apabila mendengar suara sumbang mereka. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Pak azad je sedap sikit di dengar.. sbb tu ada tugas penyanyi dan penyampai radio… Ni tak artis arini nyanyi nk berlakon nk mngcara nk pastu kelaut.. “
” Hahhahah tapi step joget 4u2c.. Siti Nurhaliza dengar pun tergamam sedap sangat ni.. 3 PE = 3 PEROSAK LAGU Tok Ti.. “
” Effort menghargai tokti sy bagi A++ Sedih Tokti tgk ni nyanyi ke bercakap ni.. Patutlah asyik hujan je kebelakangan ni.. “
” Suara Pak Azad x sakit telinga dengar . Pak azad menang. patutlah mendung je ni. kenapa bunyi mcm baca buku teks je.. “
” Kecoh tiga orang ni.. pak azad je sedapp nyanyi AHAHAH .. menangis tokti. pecah lagu ni.. hancur lagi.. “
” Pak azad jer yg boleh jadi penyanyi …yg lain…hancuuuuussss.. haha.. korang ni kan. Korang ber3 mmg terbaek di alam ini la. Keep it going guys.. “
” Happy bithday tokti.. memang hancus lagu dapat kat geng tiga orang ni.. aku kompius ni membaca atau menyanyi ahha.. “
Kalau tidak menghiburkan memang tidak sah buat geng 3 Pagi Era ini. Ada yang mengatakan bakat menyanyi buat mereka bertiga ini perlu dipendamkan sahaja. Mereka lebih sesuai menjadi penyampai radio sahaja. Sudah macam bercakap sahaja walaupun sebenarnya sedang menyanyi. Jangan marah Nabil, Radin dan Pak Azad, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu

