Connect with us

Artis / Selebriti

” Part video Tunku Khalsom baru boleh jalan tu comel sangat.. ” – Netizen

YAM Che’ Puan Khaleeda Kongsi Video Dan Gambar-Gambar Thr0wback Puteri Sulungnya, YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah Ketika Kecil Sempena Hari Lahirnya Yang Ke- 5 Tahun. Alahai Dah Besar Tunku Khalsom, Manis Sungguh Rupanya !! 

Meninjau di akaun Instagram rasmi isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman, telah berkongsi ucapan hari lahir buat puteri sulungnya, YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang ke- 5 tahun.

Tulis Che’ Puan Khaleeda di posting, kelahiran anak pertamanya itu membuatkan dirinya dan seluruh ahli keluarga sangat bahagia. Malah, Che’ Puan Khaleeda juga mendoakan semoga Tunku Khalsom sentiasa dalam lindungan Allah.

Selain itu, Che’ Puan Besar Khaleeda turut berkongsi video dan gambar-gambar Tunku Khalsom ketika kecil. Perkongsian oleh Che’ Puan Besar Khaleeda itu telah mendapat perhatian netizen di Instagram.

Ada yang menyatakan bahawa Tunku Khalsom dilihat comel dan wajahnya saling tidak tump4h mewarisi kecantikan bondanya. Sehingga kini, perkongsian oleh Che’ Puan Besar Khaleeda itu telah mendapat lebih 70 ribu tanda suka dan ratusan komen.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang tidak ket1nggalan memberikan kata ucapan selamat hari lahir buat Tunku Khalsom. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sanah helwah princess. Semoga panjang umur,  sentiasa murah rezeki dan semoga menjadi anak solehah.. “

” Happy Birthday princess Lili. May Allah SWT blessing be upon you always and forever in this world and akhirat amin.. “

” Happy birthday princess Lili, and happy birthday to me. We share same date. Semoga kita menjadi anak yang solehah buat kedua orang tua kita, amin.. “

” Cantik. Muka mmg saling xtumpah mcm maknye. Semoga membesar dgn sihat dan jd anak solehah Lili.. “

 ” Part video Tunku Khalsom baru boleh jalan tu comel sangat, mesti Che Puan Besar rindu momen itu. Selamat hari lahir Tunku Khalsom.. “

” Alah kejap masa berlalu, dah besar si cantik ni. Makin iras mamanya. Happy birthday Puteri comel, semoga membesar dengan sihat slalu.. “

” Cutenya, happy bfday Puteri Lili, semoga sentiasa mnjadi anak kebanggaan org tua dan anak solehah.. “

Kelihatan TMJ turut memberikan kata ucapan buat Tunku Khalsom di ruangan komen

Alahai manis betul tengok gambar Tunku Khalsom berbaju kurung. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari lahir buat Tunku Khalsom. Semoga Tunku Khalsom menjadi anak yang solehah buat mama dan babahnya, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG YAM Che’ Puan Besar Khaleeda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT