Artis / Selebriti
” Part last tu sebiji suara ibu.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyikan lagu Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita raih perhatian ramai. Alahai sedaplah versi Thalita, part last tu sebijik macam arwah Siti Sarah..
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak perempuannya iaitu Thalita menyanyikan lagu Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita telah meraih perhatian ramai. Alahai sedap juga versi Thalita ini.
Sekadar info, lagu ini telah menjadi naib juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke 39 dan merupakan lagu OST drama bersiri Curang Tanpa Niat. Bukan mudah untuk membawakan lagu ini kerana terdapat nada tinggi dan juga nada rendah. Namun Thalita membuktikan yang dia boleh menyanyi lagu ini dengan baik.
Apabila mendengarkan versi nyanyian Thalita, ramai yang menyatakan suara Thalita ini sangat sama dengan tone suara arwah ibunya. Seolah-olah seperti ibunya yang menyanyikan lagu ini. Pastinya ramai peminat amat merindui suara arwah Siti Sarah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 1 jam ia dimuatnaik buat masa ini. Thalita mempunyai auranya yang tersendiri dan bakatnya sememangnya diwarisi daripada arwah ibunya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji suara nyanyian Thalita. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Bestt jugak suara thalita ni, ada bakatt la! Boleh ganti arwah ibu nti .. bestnya dekta nyanyi.. mcm arwah ibunya.. Mantap all the best dear.. “
” Pelapis arwah ibu Go Thalita .. Ssebijik Suara ibu .. Lenggok arwah ibu nya .. yg last tu.. mcm mak dia part last tu.. keep it up.. “
” Part last tu sebijik suara ibu.. ni sarah junior.. love your voice.. aura thalita semakin menyerlah.. Mantap all the best dear.. “
” Nak req lagu raya dekta.. sedap nya suara macam ibu nya. kadang2 nampak Ta mcm iras mommy Watie..tengok lagi sekali mcm ibu plk…apa pun ,Ta memang padu.. “
” Sedap tone Dekta. And suka suara belakang tabir, daddy yg always supportive .. Part ‘kitaaa haaaa…’ sebiji mak nya.. “
” Tone suara ibu dia aduii talita u r so talented u ada tone suara ibu you talita salah satu harta dia yg u warisi .. Saya peminat thalita.. “
” Insyaallah suara talita akan semakin bagus dan merdu seperti arwah mama talita.saya saport talita sekeluarga semoga sukses terus.. “
Wah, memang sedap suara Thalita apabila menyanyikan lagu ini. Thalita membawakan lagu ini dalam versinya sendiri tanpa dibayangi oleh penyanyi asal. Semoga Thalita berjaya menjadi seorang penyanyi yang terkenal seperti ibunya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

