Connect with us

Artis / Selebriti

” Pandainya Yusuf, semoga terus cemerlang si handsome boy.. ” – Netizen

Boleh Membaca Dengan Lancar Di Usia 4 Tahun, Kepandaian Yusuf Iskandar Mendapat Pujian Daripada Netizen. Part Akhir Video Tu Memang Nampak Yusuf Abang Yang Penyayang. Good Job Yusuf !!

Anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sememangnya sering mendapat perhatian di media sosial. Untuk makluman, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah mempunyai sejumlah pengikut yang sangat ramai di akaun Instagram masing-masing.

Meninjau ke akaun Instagram Hanis, dia ada memuatnaik satu video yang memaparkan Yusuf membaca sebuah buku cerita. Di usia 4 tahun, Yusuf sudah boleh membaca dengan lancar dalam bahasa Inggeris. Pencapaian Yusuf ini telah menggembirakan hati Hanis dan Hairul.

Ia merupakan salah satu aktiviti Hanis bersama anak-anak sebelum tidur di mana dia meminta anak-anak membaca buku dalam masa 10 minit. Turut serta bersama ialah Alisa yang juga sedang memegang buku walaupun belum pandai membaca.

Video yang berdurasi 1 minit 30 saat ini telah meraih ratusan ribu tontonan dan dihuj4ni ratusan komen. Ramai yang menyatakan mereka turut menggunakan buku Peter and Jane semasa mereka kecil dan turut mengajar anak mereka menggunakan buku yang sama.

Jom tonton video di bawah :

Kebanyakan netizen berasa kagum dengan cara Hanis mendidik anak-anaknya. Malah ada juga yang bersetuju bahawa buku tersebut sebenarnya banyak membantu anak-anak cepat membaca. Antara komen-komen yang diberikan :

” Hanis.. Yusuf dia mmg dah boleh baca atau dia remmber the words..anak buah sy.. Sy ajar dia peter and jane ni.. Tp dia seolah mcm ingat perkataan tu bunyi mcm mn. Tp dia x kenal pn huruf sgt.. Fhm tak ea sy tnya.. “

” I grew up with these Peter & Janes bookset So glad to see that it’s still around. Suka tengok illustrations dalam buku dia masa kecik2 dulu .. “

” Buku Peter n Jane ni zaman saya adik beradik kecik lagi dok baca. Mmg bagus. 25 tahun sudah berlalu, buku ini masih relevant untuk kanak-kanak. Very much recommended .. “

” Pandai yusuf.. semoga terus cemerlang dan success si handsome boy. legend buku nii, kecik2 sukaa baca. Kenapa la u0lss ni comel sgt… I so proud with u haniszalikha… Didik anak sgt² bagus.. Sump4h i kagum sgt tgk family u sis.. “

” Yeah ..!! All three my kids learn to read with Peter and Jane too ..  dont need to go Phonics class hhaha… gave away a sets to old friend too .. It helps a lot.. “

” MashaAllah haniszalikha sangat bagus dalam mendidik. Yusof pun sangat penyayang . Clever boy yusuf ni. cute and good boy.. Tgok buku tu jd tringat zmn msih mgjar kat taska dlu..first reading mmg smua pakai buku ni.. Ladybird series.. “

” Hey… I read that book to when I was 5 years old… and I still have it at my bookshelf. My daughter starts reading these books when she was three, boleh cepat pandai membaca kalau baca buku2 ni… by five, my daughter dah boleh baca buku Harry Poeter… now shes a journalist at 24.. “

Wah, bijaknya Yusuf. Sebagai seorang ibu, pastinya Hanis berasa sangat gembira melihat si anak sudah pandai membaca dengan begitu cepat. Semoga Yusuf Iskandar membesar menjadi anak yang baik, anak soleh dan membanggakan ibu bapa. Tahniah Yusuf, lepas ni nak dengar Yusuf baca buku bahasa melayu pula.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT