Artis / Selebriti
” Yusuf yang menyelam kenapa aku yang tahan nafas.. ” – Komen Netizen
Video Aksi Anak Hairul Azreen, Yusuf Iskandar Di Kolam Renang Buat Warganet Teruja. Fuh Hebat Betul Yusuf Menyelam, Dah Macam Penyelam Profesional. Siap Buat Flip Lagi Dalam Air. Aksi Yang Last Tu Slay Lah Yusuf, Memang Anak Paskal !!
Yusuf Iskandar adalah anak sulung kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Yusuf antara anak selebriti yang menjadi perhatian dan kesayangan ramai warganet. Yusuf memiliki wajah yang comel, tinggi adab dan budi pekertinya dan seorang yang bijak.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Yusuf ketika berada di kolam renang bersama Hairul. Yusuf sememangnya dari kecil lagi sudah dilatih berenang oleh Hairul dan kini semakin hebat skill menyelamnya.
Menerusi video ini, Yusuf menunjukkan kehebatannya ketika membuat pergerakan sambil menyelam di dalam air. Memusing-musing badan Yusuf ke bawah dan ke atas dan yang paling membuatkan warganet teruja adalah Yusuf semakin pandai mengawal pernafasannya.

Pelbagai aksi menarik yang ditunjukkan oleh Yusuf menerusi video ini. Keberanian dan keyakinan Yusuf menyelam meraih perhatian ribuan warganet. Jika sekarang pun Yusuf sudah boleh buat skill seperti ini, tidak mustahil Yusuf boleh setanding dengan skill yang dimiliki oleh Hairul.
Jom tonton video di bawah :
Siapa sangka Yusuf sudah menjadi seberani ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yusuf yang menyelam kenapa aku yang tahan nafas haha.. Tinggi yusuf ni.. kaki panjang… dah besar dah dia.. ”
” Fuh Yusuf.. Yeay Yusuf dah relax in the pool.. sampai umur abang 25 tahun ni abang tahu sleep je yusuf.. hebatlah awak ni.. ”
Tidak hairan Yusuf dapat menguasai pergerakan-pergerakan menarik sebegini kerana daddynya pun memang hebat menyelam. Perlahan-lahan Hairul menurunkan ilmu yang dimilikinya kepada Yusuf. Itu baru sedikit aksi yang Yusuf tunjukkan, sudah membuatkan ramai kagum.

Seronok melihat gelagat berani Yusuf di dalam air ini. Part Yusuf melompat di akhir video kelihatan begitu menarik sekali. Ada daddy yang supportive seperti Hairul, segala benda bakal Yusuf kuasai nanti. Semoga Yusuf Iskandar menjadi anak yang hebat untuk daddy dan mummy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusuf Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

