Artis / Selebriti
” Pandainya Kek Nis. Boleh jadi interior designer, cantik sangat rumah.. ” – Netizen
Hairul Azreen Kongsi Gambar Hiasan Dalaman Rumah Hasil Sentuhan Isteri, Hanis Zalikha Buat Ramai Kagum. Wah, Tak Sangka Kek Nis Sangat Kreatif Orangnya. Nampak Wow Sangat !!
Siapa tidak mahu memiliki rumah yang cantik dan kemas. Apabila rumah cantik dan kemas, pastinya akan membuatkan hati berasa tenang dan selesa ketika berada di rumah. Tambahan pula setelah penat seharian bekerja dan rumahlah tempat yang sesuai untuk beristirehat.
Meninjau ke akaun Instagram pelakon Hairul Azreen, dia telah memuatnaik gambar sebelum dan selepas rumahnya dihias. Apa yang menarik ialah segala hiasan dalaman di dalam rumahnya merupakan hasil sentuhan isterinya sendiri iaitu Hanis Zalikha.
Rumah tersebut telah diduduki oleh pasangan ini selama 6 tahun. Gambar pertama menunjukkan rumah mereka sebelum dihias di mana ruangan masih kosong dan gambar kedua menunjukkan ruangan yang sama setelah dihias. Hasilnya nampak begitu berbeza sekali.

Ramai tidak menyangka Hanis merupakan seorang yang sangat kreatif. Menurut Hairul, segalanya cukup sempurna namun satu benda yang menjadi keinginannya iaitu meja futsal tidak dapat dipenuhi kerana tiada ruang yang sesuai untuk diletakkan.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian Hairul ini mendapat pujian daripada netizen yang kagum dengan hasil sentuhan Hanis sendiri. Antara komen-komen yang diberikan netizen :
” Anis ni cantik sangat. Lepas kahwin Terus pakai tudung dan diam tapi berjaya. Tak de pula yg nak up kan pasal penghijerahan dia.. “
” Lawanya pandai kek nis deco . Suka design mcm ni , cantik sangat walaupun tak luas , inspirasi buat kami . Talented btl la kak hanis ni.. “
” Masya Allah cantiknyaaaa rumah abg Hairul dan kak hanis. Pandainye Kek Nis. Boleh jd interior designer . nak tgok semua sudut please.. “
” Wow… bapak lawa. cantik sgt rumah.. kita suka tgok ig hanis and hairul sbb nak tgok rumah cantik. Gitulah kami. Kami tanya je, belum tentu dapat, tp kalau somi tnya nak apa, kene la dapat.. “
” When you give woman a house, she will turn it to a home.. So much cozy and beautiful house . Berapa bulanan rumah ? cantik sangat rumah.. “
” Comel keknis. Tak sabar nak tengok rumah baru pulak nanti, confirm cantikk. House tour please.. nampak cantik. Cantik sangat.tenang je dapat umah mcm ni.. “
” Cantik. Pandai haniszalikha design . Cantiknyaa rumah…… Pandai kak nis deco…… Inspirasi… Sebab rumah mcm ni boleh buat rumah mewah… In love dgn design … “
Wah untung sangat Hairul kerana mempunyai isteri yang pandai menghasilkan hiasan dalaman yang begitu cantik sekali. Semestinya keseluruhan sudut rumah pasangan ini begitu indah sekali. Bukan semua orang pandai menghasilkan idea kreatif sebegini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

