Artis / Selebriti
” Pandainya abang Bilal, dia baca BM pun ikut Inggeris. Slang mat salleh sangat.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal mengeja perkataan buat ramai terhibur. Wah Bilal sudah pandai mengeja dan membaca. Perkataan dalam bahasa Melayu pun bunyi macam mat salleh. Part eja ‘untuk’ dan ‘kita’ tu comel sangat slang Bilal..
Anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal sudah pun 3 tahun usianya. Pada usianya itu, Bilal semakin petah bercakap dan fasih berbual dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bilal juga diajar mengaji Al-Quran dan banyak surah yang sudah berjaya dihafal oleh Bilal.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Harisneelofa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bilal mengacau uminya yang sedang membaca sebuah buku. Buku berjudul Al-Quran Untuk Kita itu menarik perhatian Bilal dan dia menyedari perkataan Al-Quran pada kulit buku tersebut.
Neelofa meminta Bilal untuk membaca tajuk buku tersebut. Bilal cuba mengeja perkataan ‘Untuk ‘ tetapi yang disebutnya adalah ‘Unuk’. Tergelak Neelofa mendengar perkataan ‘Unuk’ itu. Walaupun percakapan Bilal dalam bahasa Melayu tetapi kedengaran seperti slang mat salleh.

Seronok warganet melihat telatah Bilal dan mereka juga tumpang bangga dengan Bilal. Tentu Bilal juga bakal menjadi ulat buku seperti uminya. Baru sekecil ini, Bila sudah menguasi bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, pandai Neelofa mendidik dan mengasuh Bilal.
Jom tonton video di bawah :
@harisneelofa Dia kacau ummi lagi.. abang Bilal mengeja tapi pelat shikitt, maaf onty2 😆😆!! #bilal #littlenunha
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Rata-ratanya suka mendengar celoteh Bilal. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Masya Allah, pandainya Abang Bilal, dia mmg dah pandai baca huruf BI & Arab, tu dia baca BM pun ikut Inggeris.. tumpang bangga tengok kebijaksanaan bilal ni.. “
” Bilal sedap dgr suaranya.. saya salute cara dia org mendidik anak-anaknya.. Terbaiiikkk la lofa.. bijak abang bilal suara tu geram dengar.. “
” Masyaallah , jng kawan jd ka-one ya mcm ank sy dulu adooii haha.. Bilal nak main uno ke?? Makcik ada kad uno ni. makcik gurau je heheheheh semoga bilal sentiasa sihat dan dalam rahmatNya.. “
” Masya Allah cerdik dan bijaknya Bilal. Bilal sebut BM dan macam mat salleh.. suara umminya sangat ni.. “
” Bilal cakap slang mat salleh sangat. boleh senyum sendiri tengok video ni.. uno pun uno lah bilal.. effort nk mengeja tu yang mahal.. “
” Alahai dengar suara abang Bilal pun geram.. bilal anak bijak.. slang briddish la dottt.. bijak berkata kata Bilal ni.. “
” Bijak dan pandainya abang Bilal ni.. pandainya dia speaking.. boleh buat ayat panjang panjang lagi.. comel je eja unuk tu.. “
Bijak betul Bilal ini, mana lah warganet tidak geram mendengar suara dan celotehnya itu. Walaupun ejaan Bilal tidak betul tetapi Bilal menyebut dengan cukup yakin. Semoga Bilal terus menjadi anak yang soleh, dikurniakan kebijaksanaan dan akan membanggakan umi dan abah apabila dewasa nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Harisneelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen

