Artis / Selebriti
” Pandai Hael mengelak ek, tapi Kepom terus kenen-kenen, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein mengusik Hael Husaini dengan menyanyi lagu Dayang Nurfaizah di Konsert Big Stage Alpha buat ramai terhibur. Sempat lagi Kak Lina tiru cara Dayang menyanyi. Part Kak Lina suruh Hael sambung menyanyi, malu-malu Hael dibuatnya, hehe..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Elly Mazlein sebagai pengacara rancangan Big Stage Alpha telah membuat persembahan untuk pembukaan rancangan tersebut. Menerusi video itu, Elly menyanyikan lagu bertajuk Di Pintu Syurga.
Lagu ini adalah nyanyian asal oleh penyanyi Dayang Nurfaizah dan Elly kelihatan sengaja menyanyikan lagu itu kepada juri rancangan tersebut, Hael Husaini. Apa yang mencuit hati adalah ketika Elly meniru cara Dayang menyanyi dan telatahnya itu membuatkan para penonton berdekah ketawa.
Bukan itu sahaja, Elly juga meminta Hael menyambung menyanyi lagu itu dan permintaan Elly tersebut disambut baik oleh Hael. Mendengar suara Hael menyanyi, Elly sangat teruja kerana suara Hael begitu lunak membawa lagu Di pintu Syurga.

Perkongsian video ini turut mendapat perhatian warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat cara Elly menyakat Hael. Untuk sekadar info, baru-baru ini Hael telah mengakui hatinyanya sudah dimiliki dalam satu video temubual bersama wartawan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa terhibur mereka selepas menonton video nyanyian Elly ini. Antara komen menarik adalah :
” Gaya macam nak terjun gaya bebas menyanyi tu. Ada2 je kak pompom ni.. Berdekah tengok, hahaha.. “
” Pandai Hael mengelak ek, tapi Kepom terus kenen-kenen, haha.. Aku tgok BS sbb nak tgok kak lina ngan rina nose and juri je.. “
Sementara itu, selepas tular video Hael tersebut, video Dayang mengatakan dirinya juga kini sedang rapat dengan seorang jejaka pula turut viral di media sosial. Perkongsian temubual kedua-dua penyanyi ini menjadi perbualan para peminat. Rata-ratanya merasakan Hael dan Dayang akan berkahwin tidak lama lagi.

Amboi Elly, sempat lagi menyakat Hael, terus malu-malu Hael dibuatnya. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Hael mahupun Dayang. Andai ada jodoh mereka, pasti tidak akan ke mana dan andai tiada jodoh antara mereka, semoga mereka berdua ditemukan jodoh yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG eja.je, haelhusaini, dayangsayangkamu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

