Artis / Selebriti
” Paling best nyanyian Azharina, auto menangis sebab sampai terus ke dalam hati.. ” – Netizen
Video Azharina Menyanyikan Lagu ‘ Ayah’ Pada Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza Buat Ramai Sebak. Nabil Ahmad Dan Bunda Hetty Koes Endang Pun Menangis Sama. T0uching Sungguh Dengar Nyanyian Azharina, Menusuk Sampai Ke Hati !!
Semalam, konsert Gegar Vaganza 2023 All Stars musim ke 10 menyaksikan penyanyi Hady Miza telah berjaya menakluki pentas dengan mendapat markah paling tertinggi. Persembahan kesemua peserta dilihat sangat menarik dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan dan Astro Gempak telah dikongsikan video nyanyian penyanyi Azharina yang membawa lagu bertajuk ‘Ayah’ . Menerusi video tersebut, Azharina menyanyi dengan penuh emosi dan sesekali raut wajahnya seperti meluahkan rasa sedih yang ada di dalam hati.
Setelah selesai membuat persembahan, bukan sahaja Azharina yang menangis, pengacara Nabil Ahmad, juri Bunda Hetty Koes Endang dan penonton turut mengalir air mata mendengar nyanyian Azharina. Seperti semua sedia maklum, pada tahun lepas ayah Nabil telah kembali ke rahmatullah pada bulan Oktober dan pastinya lagu ini turut memberikan kesan kepada Nabil juga.

Video persembahan Azharina ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara Azharina menyanyikan lagu ‘Ayah’ membuat mereka rasa sebak dan memuji suara Azharina begitu merdu serta layak mendapat markah yang tertinggi daripada para juri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai persembahan Azharina pada minggu kedua. Antara komen-komen menarik adalah :
” Paling best nyanyian Azharina, auto menang1s sebab sampai terus ke dalam hati.. Patut smlam Azharina dapat markah paling tinggi.. “
” Kita pun nang1s.. Penyampaian & nyanyian awak sampai ke lubuk hati.. Terbaik sangat.. Semoga awak berjaya ke langkah seterusnya.. “
” Ini sedih kak nina love u.. Sedap suara nya menusuk dlm kalbu dan hati kita.. Bukan saja di MBSA yg nang1s.. Yg kat rumah pun turut nang1s.. “
” Ya Allah.. Sedap sgt… Mmg terbaik lah Nina.. Kita dah tak ada ayah.. Tak lama dapat rasa kasih syg ayah sebab ayah kita pergi masa kita umur 6 tahun.. “
” She’s deserved to delivery her soul for us.. Such a rare / unique voices, please do repeat it again.. Good luck Nina for next week.. “
” Siapa potong bawang ni, terus mata berair kot dengar lagu ni.. Suara Azharina memang padu sangat kalau bawa lagu2 macam ni.. “
” Yes this is KPI Azharina.. Lagu tepat, Azharina comeback guys, hati2 semua peserta.. No body no one can beat her soul in singing , this is insane girl.. “
Sebak dan sayu nyanyian Azharina, patut lah ramai yang mengalir air mata. Untuk sekadar info, peserta mendapat markah kedua tertinggi pada minggu ini adalah Jaclyn Victor dengan menyanyikan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’ dan tempat ketiga adalah Azharina.

Silakan SHARE..
Sumber :IG mediahiburan, astrogempak, azharina_a
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen

