Artis / Selebriti
” Orang lain bagi salam ‘Assalamualaikum cikgu’.. ” – Zulin Aziz
Zulin Aziz Kongsi Kisah Kenangannya Semasa Kecil Bersama Arw4h Ayahnya Yang Merupakan Seorang Guru Buat Ramai Tersentuh. Al-Fatihah Buat Arw4h Cikgu Abdul Aziz..
Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz mencipta nama sebagai seorang pelakon pada tahun 2009. Kemudian beliau mula melebarkan sayapnya menjadi seorang pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia.
Penampilan pertama Zulin ialah melalui drama televisyen berjudul Begitukah Cinta yang dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah. Drama tersebut disiarkan di TV3 pada tahun 2011. Kemudian Zulin mencuba bakatnya dalam bidang nyanyian.
Pada tahun 2017 beliau mengeluarkan single sulungnya bertajuk Terbiar dan diikuti dengan single kedua berjudul Keliru yang dikeluarkan pada Februari 2018. Pada Julai 2016, beliau menjadi penyampai radio untuk stesen Radio Suria FM.

Menerusi akaun Instagram, Zulin memuatnaik gambar arw4h bapanya bersama kapsyen ucapan hari guru. Ayah Zulin, Abd Aziz Jaafar merupakan seorang guru dan Zulin turut berkongsi kisahnya semasa kecil yang beliau amat rindui.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini :
Rata-rata netizen ada yang tersentuh apabila membaca kapsyen tersebut. Antara komen-komen mereka :
” Al-fatihah buat abah awak zulin… semoga abah awak sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama org yg soleh..
” Samaaa…. pengalaman manis setiap kali Hari Guru… anak cikguuu pun dpt hadiah… ermmm… actually sebat hadiah mak ahahah.. “
” Endingnya lebih sedih.. buat mengalir airmata..”cikgu abah” dh xde rupanya.. al fatihah… “
” Balik rmh kena tegur suruh panggil cikgu dkt sklh.. “
” Selamat hr guru cikgu Aziz.. Al-fatihah buat abah zulin semoga d temptkn brsama org2 soleh Aamiin.. “
” Lwkla assalamualaikum abah. Al-fatihah smoga ditmptkn di klngan org briman.. “
” Best bace caption kak Zulin. sy ulang dua tiga kali sambil tersengeh-sengih.. “
Pastinya rindu kepada orang yang telah pergi tiada penghujungnya. Kenangan ini pastinya tersemat di hati Zulin buat selamanya. Al-Fatihah buat ayah Zulin. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan Selamat Hari Guru buat seluruh warga guru di Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zulin Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

