Viral
” Of course, saya rekod ada kecederaan, cuma tidak boleh cerita panjang.. ” – Peguam
Video penerangan wakil peguam ibu Zara Qairina, Encik Shahlan Jufri setelah selesai proses post mortem jenazah Zara Qairina. Jelas dan terperinci maklumat yang disampaikan. Ada petanda yang mereka perolehi..
Proses post mortem jenazah Zara Qairina bermula sekitar jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang 7.30 malam semalam. Ianya dijalankan oleh pasukan forensik yang berpengalaman, malah seorang pakar forensik dari Hospital Serdang juga diterbangkan ke Sabah untuk proses ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Alifhana6 dan Instagram Sinar MY, salah seorang peguam ibu Zara bernama Encik Shahlan Jufri memberikan pencerahan kepada pihak wartawan setelah selesai post mortem semalam. Ujar Shahlan, dia berada di bilik bedah bersama pakar forensik.
Semua proses pemeriksaan ke atas jenazah Zara diperhatikan dari awal hingga akhir. Shahlan juga mengatakan mereka mendapati ada kesan kecederaan cuma tidak dapat mengulas lanjut isu tersebut kerana ianya masih dalam siasatan pihak polis.

Shahlan juga memberitahu, keputusan post mortem ini mengambil masa untuk disiapkan dan mungkin mencecah tempoh 2 bulan. Segalanya akan ditunjukkan di mahkamah nanti dan sekiranya ada perkara yang tidak dipersetujui oleh ibu Zara dan team peguam, mereka akan memohon untuk inkues.
Jom tonton video di bawah :
@alifhana6 ada unsur jenayah ke😭😭 adikk zara sdh tenang di syurga nya Allah 🥹. pembunuh nya masih d hantui oleh bayangan zara #justiceforzara
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jika terbukti berlaku kecuaian dalam siasatan sebelum ini atau percubaan melindungi perlakuan jenayah, harap ibunda arwah memfailkan saman sivil pada semua pihak… Semoga ibunda arwah tabah dengan ujian ini.. “
” Redha sudah pasti tp keadilan utk arwah ZQ mesti dituntut. Harap ibu arwah tidak teragak2 utk saman sivil terhadap semua pihak yg terlibat dgn kematian arwah.. “
” Alhamdulillah.. senang hati dgr penjelasannya.. semoga d permudahkn segala keadilan utk ank Syurga arwah Zara.. Al-Fatihah(d baca).. “
” Kemungkinnan besar ada inkues, peguam bagi hint.. dia ckp dlm laporan polis dia syak ada unsur jenayah. ada atau tidak itu maklumat sulit dlm post mortem.. “
” Maksud dia mereka syak ada unsur jenayah atas kematian adik tu jadi report dah dibual awal sebelum ni… pasal postmoterm tadi dia takda cakap apa pun cuma dia bagi tau mmg ada kecederaan seperti yg dibagi tau sebelum ni… selebihnya tunggu result penuh keluar.. “
” Kena paham gais.. maklumat sulit dia xdpt bagitau secara detail.. Alhamdulillah terima kasih tuan peguam, kerja keras untuk membela Arwah adik Zara.. “
” Ikotkan dulu masa saya join postmortem,mmg xramai yang masuk.. tp sbb kes ni adalah high profile.. so ramai jugak jd saksi.. relative biasa tak akan bersama ketika procedure berlaku..insha allah telus kali ni.. “
Penantian untuk keputusan post mortem Zara pasti akan mendebarkan team ibu Zara dan warganet juga. Harapan besar agar keadilan untuk Zara dapat ditegakkan dan diadili dengan seadil-adilnya. Teruskan laungan Justice For Zara sehingga terbukti punca sebenar kematian Zara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alifhana6, Instagram Sinar, Portal Kosmo Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

