Artis / Selebriti
” Nurse tu jaga abah masa abah dalam ICU sampai hujung nyawa dia.. ” – Dina Nadzir
Video Dina Nadzir Terserempak Dengan Seorang Jururawat Yang Menjaga Arwah Ayahnya Sehingga Ke Nafas Terakhir Buat Ramai Sebak. Sedihnya Tengok Dina Nangis Sambil Ucap Terima Kasih Dan Peluk Nurse Tu !!
Nama Dina Nadzir tidak asing untuk para pencinta seni tanah air. Selain sebagai penyanyi, Dina juga turut bergelar penyampai radio Sinar FM. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang menyentuh hati antara Dina dan seorang wanita.
Wanita tersebut merupakan salah seorang jururawat di Hospital KPJ yang pernah menjaga arwah ayah Dina, iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir sehingga ke akhir nyawa. Dina tidak mampu menahan air matanya dan menangis ketika dapat bertemu mata dengan jururawat tersebut.
Ungkapan terima kasih tak putus-putus Dina ucapkan untuk jururawat itu. Kata Dina, arwah ayahnya sudah 7 tahun sakit sebelum pergi buat selama-lamanya dan selalu menerima rawatan di Hospital KPJ semasa hayatnya. Arwah ayah Dina juga ada memberitahu Dina yang staff di hospital ini sangat baik ketika menjaganya.

Untuk makluman, ayah Dina menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 2022. Walaupun hampir 2 tahun berlalu sejak ayah Dina kembali ke rahmatullah, rasa rindu seorang anak tidak akan pernah putus untuk arwah ayahnya. Rindu yang tidak akan ada penghujungnya pada insan yang telah tiada.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah.. Dina org baik yg menghargai CA….. saya pun rase bangga sbb Ca pun pekerjaan saya selama hampir 30 tahun… Alhamdulillah.. “
” Hmm, saya nangis yaa tengok ni.. teringat arwah ayah saya. meninggal dekat icu hospital kulim. nurse sana baik sngt.. “
” Proud to be the KPJ worker. Stay strong dinanadzir . Semoga arwah di tempatkan dikalangan orang yang beriman.. “
” I feel u dina.. alfatihah utk arwah abah dina dan arwah mak saya.. semoga syurga tempat semua kesayangan kita yg telah dipanggil pulang ke sisi yg Maha Agung.. Alfatihah.. “
” Terbaik la Rina n iera Muji… kpj tawakal jalan pahang.. Al-fatihah utk Nadzir yang sangat humble dan simple orangnye.. “
” Papa sy kenal arwah abah dina .. scot lama . masa abah sakit lg mmg dlm group bgtau . ada yg ajak melawat .. kalau kteowg balik jaybee papa ada jgk teringat nk jenguk abah ms tu kt sn.. “
” Alhamdulillah dinanadzir … Mmg humble, baik hati, giler² sejak dri zmn sekolah… Ckp pun lemah lembut.. Alaa kiter pulak sebak wak huhu.. “
Hati siapa yang tidak sebak apabila dapat bertemu dan mengucapkan terima kasih pada insan yang banyak membantu seorang ayah sehingga ke akhir usia. Tangisan Dina itu turut mengusik hati warganet yang menonton video ini. Semoga arwah ayah Dina ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Dina Nadzir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

