Artis / Selebriti
” Ni pasti dapat baby girl tau. Sebabnya perut Emma nampak lebar gitu.. ” – Netizen
Gambar Terkini Emma Maembong Yang Kini Sar4t Mengandung. Wah, Tinggal Dua Bulan Je Lagi Emma Bakal Bergelar Ibu, Comel Baby Bump !!
Umum mengetahui bahawa pelakon cantik manis, Emma Maembong kini sedang berbadan dua menantikan cahaya mata sulungnya. Ia merupakan hasil perkongsian hidup berumahtangga bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar yang dinikahinya pada 20 Februari lalu.
Emma berjaya menyorokkan kandungannya sehingga mencecah 4 bulan dan mended4hkan kepada umum. Kini kandungan Emma sudah mencecah ke peringkat tr1mester ketiga iaitu 7 bulan. Dengan kandungan yang semakin sar4t, penampilan Emma tetap cantik dan berseri.
Meninjau ke akaun Instagram, Emma telah memuatnaik gambar terkininya dengan kapsyen yang menyatakan dia tidak sabar menanti kelahiran cahaya matanya ini yang hanya berbaki 2 bulan. Menurut Emma juga, bayinya itu juga aktif sehingga menyebabkan Emma sering munt4h.

Posting Emma ini telah mendapat 121 ribu likes dan ratusan komen yang turut gembira melihat perkembangan terkini Emma. Walaupun wajah Emma nampak lesu dan letih, namun inilah peng0rbanan yang dilalui oleh seorang ibu dalam menjalani tempoh mengandung.
Jom lihat perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CE3H5rtHnLF/
Rata-rata netizen mendoakan semoga Emma dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalani tempoh mengandung. Antara komen-komen mereka :
” Ni pasti dpt baby Girls tau… sebabnya perut ema nampak lebar gitew.. Alhamdulillah jaga diri dan pemakanan tau ema syantik.. “
” Semoga Emma diberi kemudahan utk bersalin dn stay strong Emma.. tak lama dh bby nak kluar tu.. “
” Tak sabar nak tunggu baby emma. Semuga emma dan baby sihat selalu.. Mesti cuteeee mcm mama dia nnti .. ”
” Brsabar ya emma. pengorbanan wanita utk mnjadi sorang ibu amat berat.. byk ganjaran & pahala yg Allah bg.. emma mesti.. “
” Slm emma, bnykkan dengar ayat al- qur’an, insyaALLAH baby tenang je, suami yg bacakan lg elok.. semoga ALLAH permudahkan masa bersalin nt ye.. “
Wah, nampaknya tak lama je lagi Emma akan bertukar status sebagai seorang ibu. Pastinya Emma dan suami tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Semoga Emma sentiasa dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kereta teruk juga lah. Airbag semua keluar, itulah hentakkan yang kena muka dengan kaki dia.. ” – Rozi Abdul Razak
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah cakap dorang shoot video pre wedding sekali. Aww guling-guling dah aku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah ke soalan ? Meh nak tengok, jangan-jangan soalan 1 tambah 1.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen

