Artis / Selebriti
” Ni isteri dia dah pecah lubang. Bijak wife Bell, ralit pula dengar dia jawab.. ” – Netizen
Video Isteri Bell Ngasri, Nur Farhana Berkongsi Cerita Tentang Bell Ngasri Yang Tidak Ada Orang Tahu. Selalu Nampak Bell Senyum Dan Menghiburkan Semua Orang Tetapi Ada Kisah Di Sebaliknya. Ramai Yang Kagum Dengan Cara Farhana Menjawab Soalan !!
Selalu kita mendengar, di sebalik kejayaan seorang lelaki, adanya wanita yang menjadi tulang belakangnya. Begitu juga untuk bintang yang diangkat semalam, Bell Ngasri kerana isterinya Nur Farhana sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang.
Ketika Bell sedang ditemuramah, pihak F8buzz telah pun bertanyakan beberapa soalan kepada Farhana. Meninjau akaun Tiktok F8buzz, telah dikongsikan video tersebut. Antara soalan yang ditanyakan adalah tentang dugaan Bell sepanjang bergelar anak seni dan kehidupan peribadi mereka sekeluarga.
Kata Farhana, Bell pernah kehilangan cincin kahwin mereka gara-gara terleka dengan kerja. Cincinnya tercicir dalam salah sehelai baju yang dipakai oleh Bell ketika satu program. Persoalan tentang masa Bell bersama anak-anak, Farhana memberitahu Bell seorang yang cukup rajin bekerja dan g1la kerja.

Walaupun demikian, dalam sebulan Bell akan meluangkan masa untuk membawa isteri dan anak-anak pergi bercuti. Seperkara yang orang tidak tahu, Bell sering bersed1h kerana setiap pertandingan realiti yang disertainya selalu tersungkur di peringkat awal. Bell juga selalu membandingkan dirinya dengan selebriti lain yang dirasakannya popular walhal dia sendiri sudah cukup dikenali.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Luahan isteri @Bell_Ngasri @Shafarhana , buka cerita yang ramai orang tak tahu. Tahniah Bell diatas kemenangan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 35.
Lebih 29 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Tak sangka sampai macam tu sekali Bell berusaha untuk menjadi penghibur terbaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Wife dia educated gila mnjwab soaln dah lh cantik.. Ralit pulak tengok dia jawab soalan, xsedar dh 8 minit.. ”
” Bijak wife dia. Jawapan tak merapu. Teratur je bahasa.. baru tahu isteri Bell ni penulis skrip drama. educated sangat orangnya dan very down to earth.. ”
” Nampak serius isterinya tapi terbaik susun katanya. Cantik ada iras sharifah amani.. ini orang kata di sebalik kejayaan suami ada tulang belakangnya seorang isteri.. ”
” Cantik wife bell eh.. nampak bijak susun kata-kata.. penulis skrip hebat rupanya.. tahniah bell menang.. semoga terus bersinar bintang kesayangan.. ”
” Respect button untuk Bell Ngasri.. muka Bell ada di mana-mana, so ini tahun memang dia yang punya.. baru tahu banyak dugaan Bell ni tapi muka selalu senyum je.. ”
” Aku punya lah dengar jawapan-jawapan dia.. seriusly memang humble & educated… hook yang kuat nak dengar sampai habis…. Tahniah Bell & isteri.. ”
” Ini lah bell yg kita ramai tak tahu. dari luar kita lihat dia senyum. ni istri dia keluarkn smua pec4h lubang. dia dh usaha do the best banyak usaha bell utk hiburkan kita.. ”
Benar lah pepatah mengatakan hasil tidak akan mengkh1ianati usaha. Segala peng0rbanan dan keringat Bell memerah otak untuk menghiburkan peminat berbayar. Tak apa Bell, sekarang Bell sudah ada fan club 1 Malaysia. Semoga terus maju jaya Bell Ngasri. Hidup Yak Yak Yeayy.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti5 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

