Artis / Selebriti
” Lama Bell simpan ni, spill la director tu Bell.. ” – Netizen

Video Pendedahan Bell Ngasri Pernah Kena Body Shaming Dengan Seorang Director Buat Ramai Yang Panas Hati. Amboi Macam Tu Sekali Bell Kena H1na. Nasib Baik Bell Kuat Semangat. Bell Kata Director Tu Ada Semalam Tengok Bell Terima Anugerah !!
Bukan mudah untuk Bell Ngasri sampai ke tahapnya sekarang. Semalam membuktikan Bell seorang pelakon dan penghibur sejati apabila setelah 37 tahun perjuangan baru Bell diangkat dan dihargai bakatnya dalam dunia seni hiburan tanah air.
Meninjau akaun Tiktok Oh Bulan Official, telah dikongsikan satu video ketika sesi temuramah Bell bersama wartawan sesudah selesai majlis ABPBH35. Pada sidang media ini, Bell mendedahkan sesuatu yang sudah lama disimpannya daripada umum.
Kata Bell dirinya pernah dih1na oleh seorang director sebelum ini dan pertanyaan director tersebut berbunyi ‘ Ada ke artis badan ketot macam kau ni ‘. Sambung Bell lagi, director itu ada di dalam dewan ketika Bell menerima anugerahnya tadi.
Tidak mahu mendedahkan siapa director itu, Bell cuma menyuarakan luahan hatinya sahaja. Siapa yang tidak kecil hati dan prov0kasi sebegitu boleh melunturkan semangat seorang pelakon. Namun ternyata fizikal Bell yang kecil bukan kayu ukur untuk bakatnya yang hebat.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Replying to @Bos Gaurus Bell tetap teruskan berlakon 🥹🥹 Teruskan usaha 💪🏻#ABPBH35 #ohbulan #artismalaysia #bellngasri
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya tertanya-tanya siapakan director tersebut dan antara komen-komen yang diberikan :
” Tahniah buat Bell Ngasri dan tahniah juga buat netizen yang undi Bell juga. Kita berjaya buat Bell pegang anugerah ni.. ”
” Aku suka bell… dua kali naik pentas.. dia tak lupa sebut nama aruah mamat khalid.. Siapakah director tu? Melodi kasi terjah haha.. ”
” Siapalah director tu, nak tengok sikit. aku dah start risau ni, netizen dah tag melodi sruh cari director tu hehe.. ”
” Alhamdulillah syukur dlm malaysia masih ade pengarah mcm arwah mamat khalid yg bagi peluang artis hebat tp xdipandang mcm bell menyinar.. ”
” Tak guna punya tuan director Tetapi lobang hidungmuu tetap menjadi pooojaaann hatikuu haha.. ”
” Inilah bukti bahawa nak kejayaan akan terlaksana walaupun lama bertahun yg penting USAHA.. bakat yang penting bukan rupa dan bodyshaming macam ni tak sepatutnya ada.. ”
” Lama Bell simpan ni, spill la director tu bell… biar kami ramai2 bg sepatah dua kata… smpi dia bersara terus.. ”
” Puas hari sangat-sangat… tak apa Bell biarlah nak ngata kan. Rezeki utk Bell. stay spt Bell sblm2nya. God bless.. ”
Siapa pun director tersebut, Bell sudah membuktikan bukan rupa paras tetapi bakat yang penting dan melebihi segalanya. Bagus Bell kerana masih menjaga aib director tersebut dan biarlah pendedahan Bell ini menjadi kata-kata semangat untuk semua yang pernah terkena body shaming seperti itu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ohbulan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen