Artis / Selebriti
” Ni baru orang cakap buku bertemu ruas. Suara terpaling sedap.. ” – Komen Netizen
Video rehearsal soundcheck lagu Cinta oleh Liza Aziz dan pasangan duetnya, Kris Dayanti untuk Konsert Final Gegar Vaganza raih perhatian ramai. Gandingan duet yang hebat, dua-dua suara mantap. Dengar rehearsal pun dah padu macam ni..
Malam ini bakal terjawab siapakah yang akan bergelar juara Gegar Vaganza 11. Nama Liza Aziz dicanang-canangkan sebagai juara kerana prestasinya sejak minggu pertama sehingga ke minggu separuh akhir konsisten, cemerlang dan sering berada di kedudukan top 3.
Sejak diumumkan pada minggu lalu yang Liza bakal berduet bersama Kris Dayanti, ramai yang tidak sabar untuk melihat gandingan 2 negara ini. Kris Dayanti antara bintang tersohor Indonesia yang gah namanya dan dikenali di Malaysia juga. Lagu Cinta akan dipersembahkan oleh Liza dan Kris Dayanti.
Meninjau entry di akaun Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi rehearsal soundcheck untuk Liza dan Kris Dayanti. Apabila dua suara yang hebat bergabung, kemerduan dan kelunakannya itu mengagumkan orang yang mendengarnya.

Selain kata-kata pujian, ramai di kalangan warganet yang memberikan pandangan supaya Liza melembutkan sedikit alunan suaranya dan berinteraksi bersama Kris Dayanti ketika menyanyi. Ramai yang tidak sabar untuk mendengar versi penuh duet 2 penyanyi hebat ini di konsert final nanti.
Jom tonton video di bawah :
@astromalaysia Jom layan KONSERT AKHIR Gegar Vaganza 2024 Ahad ini, 9 malam LIVE di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka! #GegarVaganza2024 #GV11 #BintangKembaliMenyengat #AstroOne #fyp #JomUsha @Vaganzers
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni baru org cakap buku bertemu ruas, suara terpaling sedap.. semoga Liza Aziz juara mlm ini…. Aamiin.. “
” Power.. gabungan hebat… kedua-duanya legend… insyaAllah Kak Liza Aziz mestijuara gv11.. “
” Mesti juara la.. suara sensasi ni.. Liza power.. lagu ni nk kena soft sikit.. tp x pe kan.. Liza Aziz selalu bawak dengan cara sendiri.. “
” Risau saya… mcm sukar jer lagu ne rasa nya … mudah²an Liza Aziz juara di gegar vganza tahun ne & sihat² ya…. brdebar² time final ne rasanya.. “
” Power nak mampus aduh naik bulu Roma.. mudanya krisdayanti.. pnmpilannya persis ank gadis.. slim lg.. “
” Tak sabar malam esok.. love teruk.. gudluck Liza Aziz… juara atau tak… Liza sudah juara di hati peminat.. “
” Power suara Liza, tapi kalau dilembutkan sikit tone tu tentu lagi syok.. Krisdayanti dengar pun dah tercengang.. “
” Wow berduet dengan Krisdayanti harap Liza buat yang terbaik dn muncul juara.. power weh.. mantap 2 star ni.. “
Walaupun sudah berusia, baik Krisdayanti mahu pun Liza kedua-duanya ada vokal yang hebat. Semoga Liza dapat menyampaikan lagu ini dengan terbaik malam ini. Besar harapan peminat Liza untuk melihat Liza berjaya menggondol gelaran juara. Apa-apa pun, good luck Liza.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

