Artis / Selebriti
” Nangis teruk akak dengar kau nyanyi dik. Penghayatan rindu tak terucap tu sampai.. ” – Komen Netizen
Video anak Siti Sairah, Amad cover lagu Marsha Milan, Hening Rindu buat ramai sebak. Sedihnya dengar nyanyian Amad, menusuk ke hati suara Amad. Merdu sangat-sangat, versi lelaki paling best..
Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan telah pun diangkat sebagai juara AJL39 baru-baru ini. Ramai yang cuba cover lagu ini dengan cara nyanyian tersendiri. Salah seorang yang meraih perhatian warganet adalah anak lelaki Siti Sairah, Ahmad Daiyan atau mesra dengan panggilan Amad.
Meninjau entry di akaun Tiktok 19ctfan91, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan Amad menyanyikan lagu tersebut. Lontaran suara Amad dan penghayatannya mendendangkan lagu ini meruntun hati semua pendengar. Gemersik suaranya itu membuatkan hati warganet terusik.
Amad diumpamakan seperti vokal ibu saudaranya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam versi lelaki. Lunak dan merdu Amad membuatkan semua tidak puas mendengar nyanyiannya itu. Tambah warganet lagi, suara Amad ada jiwa dan Amad memahami serta menghayati kesedihan dalam lirik lagu tersebut.

Amad bukan hanya menyanyi dengan suara tetapi juga dengan hati. Ada segelintir warganet yang baru memahami kesedihan lirik lagu Hening Rindu ini apabila Amad yang menyanyikannya. Suara dan reaksi wajah Amad itu mampu membuatkan orang menangis mendengarnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@19fan91 Hening Rindu cover By Ahmad Daiyan @ Amad Lagu Marsha Milan Juara AJL-39 @Madrid Milan London @AMAD❗️❗️ @sitinursairahtarudin_new @Siti Nurhaliza @Rozisangdewi @SN LEGACY SDN BHD @🇲🇾🐉EpulPantera〽️🐉🇵🇸 #heningrindu #cover #amad #marshamilan #juara #ajl39 #axiataarena #malecover #coverduduk #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #foryourpage #foryoupageofficiall #foryoupage❤️❤️ #foryour #viral #virall #viralvideo #viraltiktok #viral_video #viralvideos #trending #trendin #trendy #trend #janganfyp #janganlupabahagia #janganlupabersyukur
Lebih 14 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ahmad Daiyan, dengan nada suara yang cukup gemersik.. bagus adik.. anak, nyanyi pakai mulut tapi kamu nyanyi pakai hati ni. Siapa yang sakitkan kamu ni, meh acik jumpa budak tu.. “
” Amad ni walau pun lelaki, suara dia gemersik.. sedap didengar.. suatu kegemersikan dlm nada suara/vokalnya. Sebijik mcm DSCT zmn muda dulu.. “
” Lagu ni kalau dengar betul betul sedih.. Amad nyanyi lagi sedih.. dia cover lagu nadeera pun aku belum moveon.. Ni kan dia cover lagu marsha pulak.. Lagila menusuk kalbu.. “
” Nangis teruk akak dengar kau nyanyi dik. Mama papa akak dh takda.. bila dengar nyanyian adik ni.. Penghayatan rinduuu tak terucap tu sampai sangat2.. “
” Suara Amad ni ada jiwa.. penghayatannya tu buat kita sedih.. dia cover lagu ni sampai ke hati. feel teruk ni dengar suara dia.. “
” Adik ni nyanyi baru aku faham apa maksud lagu ni. sayu dan sedih sangat sangat.. Ahmad nyanyi ada jiwa.. tak semua penyanyi ada jiwa bila menyanyi.. “
” Terus bergenang air mata.. lunak merdu dan mendayu-dayu tu.. amad betul betul merintih dalam lagu.. serious best giler suara ahmad ni mendayu2 x puas dgr sekerat je.. “
Suara Amad membuatkan ramai yang menangis. Rintihan dalam nyanyian yang merasai maksud lirik lagu membuatkan ianya sampai dan menusuk ke hati pendengar. Semoga Amad akan menjadi bintang bersinar pada masa hadapan dan terus mengembangkan bakatnya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok 19ctfan91
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

