Artis / Selebriti
” Nak cakap thank you dekat semua yang datang celebrate birthday semalam.. ” – Nabil Ahmad
Video kejutan sambutan hari lahir Nabil Ahmad raih perhatian ramai. Wah, meriahnya dengan kehadiran ibu tercinta..
Meninjau ke akaun Instagram MeleToP, perkongsian dua buah video yang memaparkan kejutan sambutan hari lahir Nabil Ahmad telah meraih perhatian ramai. Tahun ini genap usia Nabil 42 tahun dan majlis ini diraikan dengan penuh meriah.
Majlis sambutan yang diadakan itu turut dihadiri keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan selebriti yang meluangkan masa untuk bersama meraikan hari istimewa Nabil. Turut kelihatan ibu Nabil yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam kehidupan Nabil.
Nabil turut memuatnaik video sambutan hari lahirnya di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian ini, Nabil menzahirkan rasa syukur atas kehadiran semua tetamu, terutamanya doa dan kasih sayang yang tidak putus daripada ibunya.

Nabil juga sempat menitipkan ucapan ringkas yang penuh makna, menghargai masa dan doa yang diberikan oleh semua. Perkongsian video-video ini menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Dengan usia yang semakin matang, ramai mendoakan agar Nabil terus sukses dalam kerjaya, bahagia bersama keluarga, dan terus menjadi inspirasi dalam industri hiburan tanah air :
” Happy birthday buat Hj Nabil Ahmad semuga di berikan kesihatan yang baik bersama keluarga tersayang Amin.. “
” Happy birthday Hj Nabil btw nabil sama birthday dengan anak saya . Latip ni ke yang prank wira hilang sport rim tu .happy besday Haji .. “
” Teruskan berbuat baik pd orang sekeliling semua sentiasa disenangi dan disayangi . Happy Birthday Haji Nabil.. “
” Lain mcm lagu nyee hujung tu..aley2 hp bfdy hj nabil..smg d mudhkn urusan dunia akhrt. Sedap makan..tau tau habis dah majlis..tau tau tahun depan …dah 43.. “
” Selamat hari bang Nabil semoga dimurah rezeki dan dipanjang umr. semoga makjah sentiasa sihat2selalu Dan dimurahkan rezeki… “
” Happy birthday hj Nabila.. Mak yg nmpk turun naik hidup anaknya.. Moga terus menyenangkan hati mak.. “
” Happy birthday nabilzira Moga dirahmati dan diberkati usia, sihat kesihatan bahagia dunia dan akhirat aamin.. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir yang ke 42 tahun buat Nabil. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, dan kejayaan berpanjangan dalam kerjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Melet0p, Nabil Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

