Artis / Selebriti
” Mix daddy and mommy wajah Fatima ya, tiga-tiga cute.. ” – Netizen

Gambar Fattah Amin Dan Fazura Semasa Kecil Dengan Wajah Anak Mereka, Nur Fatima Aisya. Wah Patut Fatima Comel, Daddy Dan Mommy Memang Cute Sejak Kecil Lagi. Triple F !!
Semenjak wajah anak pelakon Fattah Amin dan Fazura dided4hkan kepada umum 1 Januari lepas, wajah si cilik ini menjadi perhatian peminat. Nur Fatima Aisya, nama yang sudah lama diilhamkan Fattah untuk anak perempuannya ini dan mengambil nama tokoh Islam.
Meninjau akaun Instagram Bamtahdolly ( akaun peminat Fattah dan Fazura ), telah dikongsikan gambar ketika Fattah dan Fazura di zaman kanak-kanak. Turut disunting bersama gambar Fatima dalam gambar itu, wajah ketiga-tiganya nampak ada persamaannya.
Fazura dengan imej rambut pendeknya dan memakai baju berwarna kuning dilihat mengukir senyuman. Manakala Fattah dengan rambut tut0p dahinya juga nampak cute sahaja. Fatima pula, dengan mata hitamnya yang bulat dan kulit putih gebu makin nampak chubby pipinya.
Setiap kali gambar Fatima dikongsikan, ianya pasti meraih perhatian peminat. Malah peminat juga mula membandingkan wajah si comel ini dengan ibu dan ayahnya itu. Ramai peminat yang mengatakan wajah Fatima sangat iras dengan wajah Fattah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Comel sungguh wajah Fattah dan Fazura ketika kecil ini. Sedikit sebanyak rupa Fattah dan Fazura ada terlihat dalam wajah Fatima. Antara komen-komen peminat :
” Mix daddy and mommy wajah Fatima ya. hope soon dpt videos fatima senyum pula ye.. “
” Oh Fatima, comelnya fatima ger4m dgn pipi dia tu. Tiga tiga cute, Fazura junior bersihnya wajah Fatima.. “
” Aloo so cute, sejuk hati bila tengok mata dan muka baby Fatima ni.. Comel sangat dia. Bila F + F = F.. “
Pastinya ci comel Fatima ini mewarisi kecantikan ibu dan kekacakan ayahnya. Gabungan wajah yang cukup sempurna dan merupakan kiriman agung yang disayangi ramai peminat. Fazura juga semakin cantik semenjak bergelar ibu kepada Fatima ini.
Fazura juga kini lebih terbuka untuk berkongsi lebih banyak gambar si cilik ini dan ianya sememangnya dinanti-nantikan peminat. Semoga Fatima membesar dengan penuh kasih sayang, menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa dan keluarga kecil ini sentiasa berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bamtahdolly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen