Artis / Selebriti
” Mesti akak ni telah dilukai, tengok cara dia menangis pun dah tahu.. ” – Komen Netizen
Video seorang wanita menangis ketika mendengar Ara Johari menyanyikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain di hadapannya buat warganet sebak. Sedihnya tengok akak tu menangis, Ara pun tengah tahan sebak..
Sebut sahaja nama penyanyi Ara Johari, sudah pasti ramai akan mengingati lagu hitnya yang bertajuk, Menjaga Jodoh Orang Lain. Lagu ini sering menjadi siulan para peminat Ara. Lirik lagu ini sangat menyentuh hati lebih-lebih lagi jika ada kaitan dengan kisah hidup seseorang.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Ara sedang membuat persembahan di sebuah majlis. Menerusi video itu, Ara menyanyikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain di hadapan seorang wanita berbaju merah.
Namun, ketika Ara menyanyi, wanita tersebut tidak dapat menahan sebak lalu terus menangis sambil menutup wajahnya dengan tisu. Seakan dapat merasai apa yang sedang dirasai oleh wanita tersebut, Ara mengusap badan wanita tersebut untuk menenangkannya.

Selepas Ara selesai menyanyi, Ara terus memeluk wanita tersebut dan memberikan sedikit kata kepadanya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan turut sebak melihat wanita itu menangis. Sehingga kini, video itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut tersentuh setelah menonton video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masalahnya orang yg tak pernah disakiti pun boleh nangis kalau dengar lagu ni.. Sedih sangat kalau layan dan hayati lirik lagu ni.. Mesti akak ni telah dilukai, tengok cara dia menangis pun dah tahu.. “
” Dengar lagu ni memang buat sy menangis.. Bukan sebab jaga jodoh org ke, broken heart ke, tapi memang sedih sangat.. “
” Sebelum bertemu jodoh yg tepat, kita mungkin pernah menjaga jodoh orang lain… Asam garam kehidupan itu lah cerita dalam hidup kita.. “
” Bait2 lirik lagu ini buat kita rasa deep sangat… Suka cara Ara Johari nyanyikan lagu ini.. Masuk lagu ni dengan suara Ara.. “
” Lagu ni mcm “berhantu” lirik dia.. Sekali aku pun menangis.. Betul2 mendalam dan tepat pada maksud yg ingin disampaikan… Ditambah pulak pembawakan lagu yg penuh dgn emosi.. “
” Saya doakan akak sentiasa dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat, dikelilingi orang2 yg baik dan ikhlas, dan dilindungi Allah sentiasa.. “
” Weyh aku kalau dgr lagu ni atas highway long drive pasang kekuat mmg otomatik sedu weyhhh wlaupun takde relate apa pon. Dia punya lirik tu sampaii.. “
Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, lagu Ara ini memang ‘berhantu’. Dengar sahaja pasti hati akan menjadi sayu kerana setiap baik-bait liriknya begitu mendalam maksudnya. Apa-apa pun, semoga wanita tersebut terus tabah dan cekal dalam mengharungi apa yang dilaluinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

