Connect with us

Artis / Selebriti

” Meremang wei sampai kulit kepala. Nada tinggi pun merdu tak macam menjerit.. ” – Komen Netizen

Video Judika kagum dan beri tepukan ketika DS Siti Nurhaliza menyanyi part tinggi lagu Judika, Bukan Aku Tapi Dia di Konsert The Journey Of Sound. Wah meremang dengar suara Tokti, memang power lah..

Semalam telah berlangsungnya konsert The Journey of Sound biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Judika di Stadium Merdeka. Seramai 28 ribu penonton memenuhi ruang stadium menyaksikan persembahan hebat daripada DS Siti dan Judika.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti mendendangkan lagu nyanyian asal Judika berjudul Bukan Aku Tapi Dia. Vokal DS Siti tidak boleh dipersoalkan kerana ianya sememangnya hebat.

Mendengar DS Siti menyanyi lagu ini dengan cara dan lenggoknya tersendiri membuatkan semua penonton juga tergamam dengan kelunakan suaranya itu. Part tinggi juga berjaya dibawa oleh DS Siti dengan jayanya dan kedengaran smooth sahaja.

Memetik komen warganet, DS Siti berjaya mengolah lagu ini seakan lagunya sendiri. Judika sendiri terpegun mendengar kehebatan suara DS Siti membawakan lagunya itu. Judika juga memberikan tepukan untuk DS Siti. Bukan penontin sahaja, Judika sendiri pun kagum dengan kekuatan vokal DS Siti.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dengar sini mmg mcm biasa, tapi live konsert tadi. Masya-Allah power nyaring suara DS Siti, arrangement music pun padu.. “

” Best gila dengar live.. Lagu tu sudah disitinurhalizakan.. Sumpah clean part dia tarik ‘Aku yang raaaaaaasakan. Superb gilo dgr time live.. “

” Lagu judika da jd lagu ct.. 2 version yg berbeza dlm lgu yg sama.. best bethol.. pandai ct olah jd lagu dia .. apa pn saya mmg minat judika dgn ct.. gabungan yg mantap.. “

” Suara ctdk merdu tiada bandingin.. suara nada tinggi tiada dengar terpekik terlolong.. the best singer in Malayaia.. “

” Wehhhh tak cam lagu judika yg mana nieee.. perghhhhh punya la jadi mcm lagu ct sendiri.. Suara live and dalam record memang tiada cacat cela.. “

” Tokti punya high note ibarat tingginya tidak terlawan. Tokti tarik , nafas aku yg jadi pendek.. Tinggi baiii.. “

” Live flawless gila suara Tokti. Pesal aku yg tahan nafas ni. Memang betul2 biduan negara.. The only diva.. Artis lain baya tokti rmai dah pancit tak boleh tarik dah.. “

” Meremangggg wei sampai kulit kepala.. Nada tinggi pun merdu tak macam menjerit.. memang goosebumps.. Wehhhh tak cam lagu judika yg mana nieee.. punya la jadi mcm lagu ct sendiri.. “

DS Siti membuktikan vokalnya masih tetap hebat seperti dahulu. Walaupun pernah mengalami masalah suara sebelum ini, vokal DS Siti kini sudah pulih. Persembahan yang memukau dan pastinya semua penonton berasa berbaloi datang ke konsert DS Siti ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, Tiktok Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT