Artis / Selebriti
” Tokti tengah angkat dumbbell ke tu, hehe. Comel je Tokti ni.. ” – Komen Netizen
Video gelagat DS Siti Nurhaliza membuat challenge joget Jodoh Lebaran bersama Aisha Retno di Konsert Beraya Dengan Saya buat warganet terhibur. Comel lah Tokti ni, dah macam tengah bersenam je tu, hehe..
Konsert Beraya Dengan Saya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah pun berlangsung di Zepp Kuala Lumpur semalam. Sambutan hangat diberikan oleh para peminat biduanita negara ini. Pelbagai lagu raya dendangan DS Siti diperdengarkan sepanjang konsert ini.
Selain itu, DS Siti juga mengundang beberapa penyanyi jemputan antaranya Aisha Retno. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti turut membuat challenge joget Jodoh Lebaran bersama Aisha di atas pentas.
Gelagat comel DS Siti menari lagu raya Aisha itu mencuit hati warganet. Pergerakan DS Siti agak terhad mungkin kerana busana yang dikenakan itu membataskan pergerakannya. DS Siti juga sempat berseloroh memberitahu bukan dia tidak mengingati step tarian lagu itu tetapi bajunya itu membuatkan dia susah untuk bergerak.

Memetik komen warganet, DS Siti semakin hari semakin kelakar dan random jenakanya dalam setiap konsert yang dijayakan. Ramai juga yang mengusik DS Siti mengatakan lagak DS Siti menari Jodoh Lebaran seperti sedang melakukan senaman di gym.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni dia macam angkat besi kat gym je.. Tokti tgh angkat dumbell kee hehe. comell je tokti ni.. “
” Bagusnye la siti ni.. effort dia nk ambik hati younger fans dia. Walaupun dia tahu je yg dia xyah buat ape2 pun org tetap akan suka dia. tp dia still try to keep herself updated and relevant. Terbaekkk.. “
” Dah macam robot dah tu tokti tp comel laahh.. awat comel sangat menari macam tu tokti.. “
” Auww comel je tokti menari.. Versi duyung sopan gituu.. smooth jee tokti buat, kalau saya ni hmm tkpela dlu hahah.. “
” Bagus tok ti. Walaupun kita semua dah nampak dia boleh menari dgn baik lagu ni. Tp dlm live dia x over shadow Artis lagu tu.. terbaiklah tok ti.. “
” Makin random lawak tokti sekarang ni.. so cute tokti.. nak angkat berat ye tokti hahah.. comei sgt hihi tok tu terlupa step ke? hihihi TD tengok Pon berulangkali ambil tergelak-gelak.. “
” Pandai queen cover haha.. tokti menari lagi lembut sebenarnya// dia tak nak over shadow je hehe.. comel je tokti join trend lagu raya camni.. “
Terhibur penonton yang melihat telatah DS Siti secara live itu. Pandai DS Siti menceriakan penonton dengan tariannya itu. Apa-apa pun, satu konsert lagu raya yang sangat menghiburkan dan DS Siti selayaknya bergelar biduanita kerana kredibiliti yang dimilikinya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, Tiktok Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen

