Artis / Selebriti
” Meremang wei dengar vokal Mawi bawa lagu ini.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Mawi di Konsert Malam Hijrah Bergema berzanji dalam lagu Al-Jannah memukau penonton. Merdunya alunan suara Mawi. Meremang bulu roma dengar..
Walaupun Mawi kini tidak begitu aktif dalam industri nyanyian, namun aura juara Akademi Fantasia musim ke 3 ini masih terasa sehingga kini. Mawi memiliki keistimewaannya yang tersendiri dan bakat suara yang dianugerahkan Allah kepadanya adalah sesuatu yang berharga.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram tvalhijrah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Mawi di Konsert Malam Hijrah Bergema. Penampilan Mawi sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai penonton kerana ingin mendengar suara merdunya itu.
Mawi menyajikan satu persembahan yang hebat dengan berzanji dalam lagu Al-Jannah. Gemersik suara Mawi berzanji memukau penonton seisi dewan. Vokal suara Mawi masih maintain dan suarnya bergema di seluruh pelosok dewan. Mawi mempunyai suara emas yang hebat.

Warganet juga memuji kehebatan suara Mawi berzanji kerana tidak semua penyanyi mampu berzanji sebaik ini. Bukan mudah kerana ianya memerlukan kekuatan vokal dan kawalan pernafasan yang panjang. Mawi tetap ‘world’ di hati peminat dan ramai meminta untuk Mawi membuat comeback.
Jom tonton video di bawah :
@tvalhijrah Penonton menghayati Mawi berzanji dalam lagu Al-Jannah! #KonsertMalamHijrahBergema #HijrahBergema #TVAlHijrah #SatukanUmmahDenganIlmu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak semua penyanyi boleh nyanyi lagu ni. saya bangga dengan alunan Berzanji Johor.. Tahniah dan Terima kasih Mawi.. “
” Mawi yg buat persembahan… Saya yang menitis air mata … Masyaallah tabarakallah.. Meremang bulu roma.. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati dia sekeluarga.. Aamiin ya Rabbal Alamin.. “
” Tak ramai penyanyi Malaysia yg boleh nyanyi lagu Qasidah dengan alunan suara memuji kebesaran Allah dan berselawat.. suara mawi memang unik.. “
” Memang meremang dengar Mawi berzanji.. suka sangat suara Mawi ni, jelas dan merdu. Lunak dia tu xboleh nak describe macam mana.. tenang hati dengar.. “
” Aura Mawi tetap luar biasa.. Mawi ni suara dia emas.. Alhamdulillah Allahuakbar,sedap aura suara Mawi sejuk hati.. mawi kembalikanlah semula kegemilangan lagu² nasyid.. semoga ALLAH permudahkan.. aminn.. “
” Meremang weiiiii dengar pukulan vokal Mawi bawa lagu ini. suara mawi memang padu lagi, tetap sama dulu dan sekarang. terbaik lah mawi.. “
” Fuh bergema suaranya, masya Allah.. luar biasa suara Mawi ni. alunan dia tu buat kita terbuai-buai.. patah perkataan mawi sebut tu jelas clear sebutir2…. mulut luas x ada kepit2. puas hati dgr.. “
Suara Mawi masih tetap lunak dan merdu, sama seperti dahulu. Alunannya itu mengasyikkan dan menginsafkan hati-hati yang terlalai. Semoga Mawi boleh membuat comeback dengan lagu-lagu ketuhanan selepas ini dan terus maju jaya dalam karier seninya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok tvalhijrah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

