Connect with us

Artis / Selebriti

” Menitis air mata tengok video ini, kita yang nangis tengok.. ” – Netizen

Video Terbaru Rita Rudaini Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak Sulungnya, Airit Rayyan Rizqin Buat Ramai Tersentuh. Wah Pandainya Rayyan Ni, Gempak Betul Result. Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Mummy !!

Setiap kali pelakon cantik, Rita Rudaini memuatnaik perihal anak-anaknya, pasti perkongsian itu akan meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Keperibadian Rita dan cara Rita mengasuh dan mendidik 2 orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sememangnya boleh dicontohi.

Anak sulung yang mesra dengan sapaan Rayyan merupakan seorang anak yang baik dan bijak. Sebelum ini, Rayyan bersekolah di MRSM Gemencheh dan menjadi antara pelajar terbaik di sekolah itu. Kini Rayyan menyambung pengajiannya di MRSM Sungai Besar pula.

Klik gambar untuk info..

Meninjau entry Rita di akaun Instagramnya, telah dikongsikan video terbaru Rayyan. Syukur Alhamdulillah, Rayyan berjaya di sekolah barunya ini dan menjadi antara 10 pelajar terbaik. Keputusan peperiksaan Rayyan cukup cemerlang dengan skor 3.99.

Rayyan turut memberikan ucapan khas untuk mommynya ini dalam video tersebut. Kata Rayyan, mommy yang banyak berkorban dan mendidiknya dari kecil sehingga sekarang. Cuma 1 mata sahaja untuk mendapat straight A, ini hadiah untuk hari lahir Rita dan Rayyan berjanji untuk peperiksaan akan datang dia akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Rita ini sehingga kini telah pun meraih lebih 92 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” MashaAllah.. Anak yg bijak.. Dan kuat semangat. Always bersama Mummynya bg semangat, Tahniah kak ritrud727 berjaya didik anak cemerlang ilmu dunia & akhirat. Congrats Ryan u did it. Champion.. ”

” Masya Allah sebak tengok, tahniah Rayyan. Hebat lah Rayyan, tengoklah mummy dia siapa.. bangga kita tengok kejayaan rayyan.. ”

” Alhamdulillah… Tahniah.. Semoga Menjadi Anak Yang Soleh & Berjaya Kebanggaan Mamamu.. Wanita Hebat ritrud727.. ”

” MasyaAllah Tahniah Ryan.. Ryan betul-betul dah banggakan mommy. Congratulations Kakak ku Sayang IBU hebat.. ”

” Tahniah mommy yang hebat tahniah airit. yes mummy buat semua utk both of u… ingat shopping di japan… rita u beli apa. kami belikan baju dan kasut bola utk anak je… pengorbanan seorg ibu yg sgt2 besar.. ”

” MasyaAllah meremang bulu roma tengok result, cemerlangnya Ryan 3.99.. Bkn mudah tu subject kt Mrsm nk cecah secemerlang ini.. Bangga untie.. DiDoakn Anakanda Ryan terus cemerlang didunia dn akhirat. Ingt ye nak, berbakti utk ibumu kelak ye.. ”

” Sejuk perut ibu mengandung, menitis air mata tengok video ini walaupun bukan sesapa. Tahniah ryan, A minus cuma pendidikan jasmani. Small matter, keep it uppp congrats rita rudaini.. ”

” Kita yang nangis tengok .. sayu nyer… Awak hebat anak … Mummy awak wanita hebat juga .. tahniah both of you.. ”

Klik gambar untuk info..

Rayyan seorang anak yang bijak dan telah dikurniakan oleh Allah otak yang cerdas ditambah pula Rayyan berusaha sedaya upaya, hasilnya cukup membanggakan hati seorang ibu. Semoga Rayyan terus mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT